5 Sebab Kenapa Mesti Tonton Drama Disney+ Rookie Cops lakonan Kang Daniel & Chae Soo Bin

Drama Rookie Cops sudah pun menjengah penonton mulai semalam, 26 Jan 2022 menerusi platform terkemuka, Disney+. Ia berkisarkan tentang kehidupan penuntut tahun pertama di Akademi Polis Kebangsaan Korea dengan sekumpulan remaja yang lahir pada awal 2000-an ini cuba untuk menyesuaikan kehidupan konservatif di kolej, tetapi bukan dengan kehendak dan caranya tersendiri.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa anda mesti tonton drama ini:

  1. Drama lakonan pertama Kang Daniel sejak bergelar idol

Kang Daniel mengekalkan statusnya sebagai penyanyi idol termasyhur untuk beberapa tahun sejak ‘debut’ bersama Wanna One dan kini aktif sebagai penyanyi solo. Namun, cabaran perlu digalas untuk membuktikan dia mampu berlakon dan diterima oleh khalayak penggemar kdrama.

Di dalam Rookie Cops, Kang Daniel membawakan watak pelatih polis bernama Wi Seung Hyun, yang sedang mengikuti pembelajaran di Akademi Polis Kebangsaan Korea. Wi Seung Hyun meminati ayahnya yang bekerja sebagai Pegawai Pesuruhjaya Polis bertempat di balai polis Gyeonggi Dongbu, namun kehidupannya di akademi polis kebangsaan terganggu sekejap apabila bersemuka seorang gadis bernama Go Eun Gang, lakonan Chae Soo Bin yang sering terbabit di dalam konspirasi melibatkan masalah disiplin dalam kalangan penuntut baru. Di sebalik ketidakadilan yang berlaku di dalam akademi tersebut, Wi Seung Hyun akan berusaha sedaya untuk menanganinya bersama Go Eun Gang.

Bercakap dengan sidang media promosi drama ini pada 26 Jan 2022, Kang Daniel menyatakan dia begitu tersentuh dengan lakonan artis Kpop ternama, Lee Jun Ho 2PM menerusi drama MBC The Red Sleeves. “Lakonan adalah di dalam liga profesionalnya tersendiri, jika ada peluang, maka saya akan tetap lakukannya jua. Lagipun, drama Rookie Cops ini juga merupakan drama pertama dan terakhir lakonan saya sebagai remaja, sebaya dengan kehidupan saya sekarang menyebabkan saya seolah-olah seperti kena rasuk,” katanya.

2. Kisah romantis berlaku antara dua orang berbeza latar belakang

Wi Seung Hyun ialah seorang begitu pintar, berdisiplin, dan tidak mudah berputus asa bergandingan pula dengan Go Eun Gang, gadis dengan telatah yang kadang-kadang membingungkan Wi Seung Hyun, namun keikhlasan dan semangat tinggi yang dimiliki oleh gadis itu lama-kelamaan membuatkan hati Wi Seung Hyun terpaut kepadanya.

Wi Seung Hyun merupakan anak ketua polis ternama, manakala Go Eun Gang pula datangnya daripada kalangan keluarga marhaen yang diberi peluang masuk ke dalam akademi selepas terdapat kekosongan di dalamnya. Dengan perbezaan darjat antara mereka, mampukah hubungan cinta dapat diteruskan kedua-duanya nanti?

3. Isu buli melibatkan pendatang baru

Menariknya, Rookie Cops membawa penonton memahami isu buli yang sering melanda dalam kalangan penuntut baru atas nama mahu mendisiplinkan mereka. Penonton akan disajikan dengan beberapa kejadian buli dibuat oleh senior ke atas junior dan kebanyakannya dilakukan atas dasar kerana tidak menghormati mereka.

Ada satu keadaan di mana Go Eun Gang dituduh melakukan perkara yang boleh menyebabkannya dibuang akademi serta-merta. Disebabkan Go Eun Gang pernah ‘menjawab’ senior ketika dia dikatakan melanggar disiplin, maka apabila terjadinya sesuatu yang tidak diingini kemudiannya, Go Eun Gang terus dipaksa untuk membuat pengakuan tanpa dia diberi peluang untuk membela diri. Di sinilah Wi Seung Hyun dan rakan-rakan seasrama datang menghulurkan bantuan bagi menegakkan balik keadilan yang berlaku ke atasnya.

4. Adegan *cuci mata* melibatkan kehidupan penuntut di asrama

Sememangnya drama Korea tidak terlepas adegan sebegini sebagai hadiah buat penonton. Jika anda pernah tonton drama-drama seperti K2, Prison Playbook misalnya, adegan mandi-manda di bilik mandi asrama lelaki antara yang dipertaruhkan buat penonton kdrama dengan Kang Daniel dan beberapa pelakon muda lain dilihat di dalam satu adegan bertelanjang tanpa seurat benang.

5. Gandingan mantap pelakon-pelakon muda

Lee Sin Young, pelakon kacak yang dikenali menerusi drama tvN Crash Landing On You bergandingan pula dengan Park Sung-Joon dan Kim Woo Seok masing-masing dikenali menerusi drama jtbc Run On dan drama bersiri OCN Voice. Turut tampil bersama ialah Park Yoo Na dengan wajah dingin salju seperti lakonannya di dalam drama tvN true Beauty , Min Do Hee daripada drama tvN Reply 1994 dengan longat daerah selatan Korea tersendiri serta pendatang baru Chun Young Min. Kesemua gandingan mereka membawa variasi tertentu, menjadikan kehidupan asrama di Akademi Polis Kebangsaan Korea diingati penonton.

Disney+ Rookie Plus diarahkan oleh Kim Byung Soo (tvN He Is Psychometric, tvNThe Bride of Habaek, tvN Nine) dan boleh ditonton di sini.

Sumber: disneyplus korea

loading...