Mahkamah Agong menjatuhkan hukuman penjara pada wanita birah yang memalukan Park Yoo Chun

Mahkamah Agung yakni mahkamah tertinggi di Korea Selatan bersidang tadi dan memutuskan wanita yang membuat tuduhan rogol oleh Park Yoo Chun sebelum ini ialah palsu semata-mata. Wanita itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun lapan bulan.

Pada dua tahun lepas, Park Yoo Chun telah dituduh merogol seorang wanita yang juga pelayan kelab di sebuah bar terkemuka di Korea Selatan. Kemudian, muncul pula dua dan tiga aduan sebelum digugurkan pihak polis. Susulan daripada itu,pihak polis menyiasat aduan wanita berkenaan dan mendapati kekasih kepada wanita tersebut telah mengugut Park Yoo Chun dengan 500 juta won tetapi tidak dipedulikan Park Yoo Chun sehingga menyebabkan mereka bertindak membuat aduan palsu. Kes ini disensasikan di media-media tempatan sehingga memburukkan nama Park Yoo Chun dan kumpulan JYJ nya yang pada masa itu beliau sedang menjalani latihan khidmat negara. Berbagai tafsiran menampakkan seolah-olah Park Yoo Chun seorang perogol bersiri sekaligus menjejaskan nama baiknya yang terukir selaku anak seni.

Park Yoo Chun berasa lega dan berpuas hati sebaik diumumkan keputusan mahkamah agong Korea. Gambar dikreditkan pada yonhap news.

Bagi yang tak mengenali Park Yoo Chun, beliau ialah salah seorang ahli kumpulan JYJ yang turut dianggotai oleh Kim Jaejoong dan Xia Junsu. Selain menjadi penyanyi, beliau juga giat aktif berlakon dalam arena drama mahupun layar perak. Antara drama popular lakonannya, KBS Sunkyunkwan Scandal, SBS The Girls Who Sees The Smell, MBC I Miss You, SBS Rooftop Prince dan SBS Three Days. Menerusi drama SBS Rooftop Prince lah, beliau tercalon dalam anugerah Best Actor CARI Kdrama Awards sebagai putera raja yang dipindahkan ke zaman depan.

Filem Haemoo pula telah menaikkan status aktor ini ke tahap yang tertinggi apabila lakonan beliau yang hebat sebagai krew anak kapal dalam filem berkenaan telah menyapu bersih anugerah Best New Actor di ketiga-tiga anugerah berprestij Korea Selatan, iaitu Granbell, Blue Dragon dan Paeksang Art Awards menjadikan bakat bintang ini sesuatu yang tak patut diketepikan.

Sumber: yonhapnews

loading...