[Edited] 6 lagi drama terbaru Korea akan bersiaran pada Ogos 2021 ini

Annyeong, chinguyaa~~ August is comingggg!. Namun begitu, kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19, jadi sila patuh SOP yang disediakan kawan-kawan! Apapun, tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk korang dalam mengharungi PKP yang mendung ni.

Well, ada 6 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Ogos ini. So, let’s check it out the list.

1.The Tragedy of One (tvN)

“The Road: The Tragedy of One” merupakan drama misteri terbaru yang akan ditayangkan di tvN mulai 4 Ogos depan. Drama ini disutradarai oleh Kim No Won dan naskhahnya ditulis naskahnya oleh Yoon Hee Jung.

“The Road: The Tragedy of One” menceritakan kisah misteri mengenai kejadian tragik yang berlaku pada satu keheningan malam di mana hujan turun mencurah-curah dan menutup insiden tersebut, sehingga membawa kepada banyak rahsia dan tragedi yang belum terungkai. Ia juga merupakan kisah tentang rahsia, keinginan, rasa bersalah, dan keselamatan penduduk yang tinggal di “Royal the Hill”, tempat di mana hanya 1 peratus golongan atasan yang tinggal di sana.

Baek Soo Hyun (dilakonkan oleh Ji Jin Hee) adalah penyiar berita yang popular dan dihormati. Dia turut dikenali sebagai jurnalis dengan keyakinan yang kuat. Ketika dia menyatakan sesuatu di depan kamera, penonton menganggap kata-katanya sebagai kebenaran. Namun, Baek Soo Hyun memiliki sisi lain yang tidak diketahui umum. Dia seorang yang dingin. Ketika dia menginginkan sesuatu, dia akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Dia kemudian berkahwin dengan Seo Eun Soo (lakonan Yoon Se Ah).

Seo Eun Soo adalah anak perempuan pengerusi Jegang Group dan ayahnya cukup berkuasa sehingga dia mempunyai pengaruh besar dalam dunia politik dan ekonomi. Seo Eun Soo sendiri adalah artis miniatur yang popular. Dia mengutamakan keluarganya dan dia berusaha untuk tidak pernah kehilangan martabatnya, tetapi dia berdepan dengan satu tragedi yang mengubah hidupnya. Seo Eun Soo berusaha mati-matian untuk melindungi keluarganya.

Cha Seo Young (dimainkan oleh Kim Hye Eun) adalah seorang penyiar untuk stesen televisyen. Dia memiliki segalanya, termasuk pekerjaan yang bagus, latar belakang pendidikan yang hebat, dan penampilan yang cantik, tetapi dia jarang berpuas hati dengan apa yang dia miliki.

Nampaknya, “The Tragedy One” antara drama yang turut mengambil tema kehidupan kelas atasan seperti drama terdahulunya yang berjaya mendapat perhatian ramai seperti “SKY Castle”, dan siri drama “Penthouse.” Kini, drama yang mengeksplorasi kehidupan konglomerat nampaknya semakin popular dikalangan penonton. Drama ini juga turut mengangkat profesion penyiar berita yang telah beberapa kali ditayangkan dalam drama.

“The Tragedy One” akan bersiaran menerusi tvN Asia Astro Ch 395 dan Unifi TV mulai 5 Ogos, Setiap Khamis dan Jumaat jam 9.15 malam. Ia juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go. “The Tragedy One” turut boleh ditonton menerusi platform iQIYI dan WeTV mulai 5 Ogos depan.

2. Police University  (KBS)

“Police University”  merupakan drama dengan komedi romantis yang mengisahkan tentang seorang detektif yang berpengalaman dan bekas penggodam yang menggunakan kecerdasannya untuk menyelesaikan masalah. Keduanya bertemu di Universiti polis sebagai profesor dan mahasiswa, dan mereka akan bekerjasama serta menggabungkan kemahiran masing-masing untuk menyelesaikan kes jenayah. Drama ini disutradarai oleh Yoo Kwan Mo, yang juga menggarap minidrama “A Jaunt” dan “Crevasse”, serta ditulis naskahnya oleh Moon Min Jung.

Yoo Dong Man (lakonan Cha Tae Hyun) adalah profesor di Akademi Polis yang memiliki 20 tahun pengalaman bekerja di beberapa unit polis sebagai detektif jenayah kekerasan dan sebagai anggota kumpulan siasatan dunia maya. Kang Sun Ho (lakonan Jung Jin Young), seorang penggodam komputer yang akhirnya menjadi mahasiswa tahun pertama di Akademi Polis. Oh Kang Hee (lakonan Krystal) pula adalah mahasiswi tahun pertama di Akademi Polis yang sangat telus, cerdas serta bijak dalam membuat keputusan.

“Police University” akan ditayangkan menerusi KBS World TV Astro Ch 392 mulai 12 Ogos bagi mengisi slot siaran drama setiap Khamis dan Jumaat, pada jam 9.10 malam. Ia juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go. Drama ini juga bakal tersedia diplatform Viu Malaysia.

3. Second Husband (MBC) [Lengthy Drama]

“Second Husband” adalah sebuah melodrama mengenai percintaan yang penuh muslihat di mana seorang wanita yang kehilangan keluarganya secara tidak adil berusaha membalas dendam di mana dirinya kini berada di antara takdir dan cinta.

“Second Husband” akan mengisahkan tentang Bong Seon Hwa (lakonan Uhm Hyun Kyung) dan keluarganya yang tinggal di sekitar perusahaan gula-gula. Masa kecil Sun Hwa sangat malang. Tetapi kerana keperibadiannya yang kuat dan positif, dia dapat bangkit. Membesar di kawasan kejiranan yang sama, Sun Hwa mempunyai hubungan baik dalam jangka masa yang lama dengan Moon Sang Hyuk (lakonan Oh Seung Ah). Namun tanpa dijangka, Sun Hwa secara tidak adil kehilangan keluarganya akibat tragedi yang lahir dari keinginan yang tidak dapat dihentikan.

Sun Hwa  telah bercinta dengan Sang Hyuk buat sekian lama dan mereka mempunyai anak Tetapi Sang Hyuk rupanya curang terhadap Sun Hwa dan memiliki hubungan dengan Jae Kyung, anak kepada ahli perniagaan yang menjalankan pembuatan gula-gula. Kerana cita-cita peribadinya, Sang Hyuk membuang Sun Hwa dan bayi mereka. Malangnya bagi Sun Hwa, apabila bayinya mati dan dia pula dituduh membunuh. Dia kemudian berjumpa dengan Jae Min (lakonan Cha Seo Won), yang merupakan abang tiri Jae Kyung yang jatuh cinta dengan Sun Hwa.

Drama ini akan ditayangkan di Astro Oh!K Ch 394 mulai 10 Ogos depan, pada jam 5.50 petang. Episode baru akan bersiaran pada setiap Selasa sehingga Sabtu. Anda juga boleh menonton ulangan “My Second Husband” pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 10.20 malam. Drama ini juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go.

4. Lovers of the Red Sky (SBS)

Drama romantis fantasi sejarah di era Joseon, “Lovers of the Red Sky” adalah adaptasi daripada novel “Hong Chun Gi” karya pengarang Jung Eun Gwol. Antara novel lainnya yang turut diadaptasi ke drama dan menjadi hit adalah “Sungkyunkwan Scandal” dan “The Moon Embracing the Sun.” “Lovers of The Red Sky” ini disutradarai oleh Jang Tae Yoo, yang karya lamanya termasuk “My Love from the Star,” “Hyena,” dan banyak lagi.

“Lovers of the Red Sky” yang berlatar-belakangkan era Joseon mengisahkan Hong Cheon Gi, seorang pelukis muda yang sangat berbakat. Dia diterima ke akademi kerajaan istana sebagai pelukis wanita pertama Joseon dan bertemu Ha Ram, seorang pegawai pemerintah yang bertugas membaca buruj. Dia kehilangan penglihatannya kerana kecelakaan misteri ketika dia masih muda. Namun suatu saat, kehidupan Hong Cheon Gi yang selalu mendidikasikan hidupnya untuk melukis berubah ketika dia bertemu dengan Ha Ram.

Hong Cheon Gi (lakonan Kim Yoo Jung) adalah seorang pelukis muda dengan bakat melukis yang genius. Dia terpilih sebagai pelukis wanita pertama Joseon di Dohwaseo (Akademi Lukisan Kerajaan Korea). Selain kemampuan melukisnya yang hebat, Hong CHeon Gi juga memiliki penampilan yang cantik dan keperibadian yang menarik. Baginya, melukis adalah segalanya.

Suatu hari, Hong Cheong Gi bertemu Ha Ram (dilakonkan oleh Ahn Hyo Seop). Ha Ram adalah seorang perwira di Seowoongwan, sebuah pejabat yang bertanggung jawab atas astronomi, geografi, seni ramalan, serta meteorologi. Dia kehilangan penglihatannya kerana kecelakaan misteri yang dialamai ketika dia masih muda. Biarpun penampilan luarnya menarik, tenang dan seorang yang bijaksana, namun tiada siapa yang tahu sisi gelap Ha Ram, serta personalitinya yang berbeza dan perlu diperhatikan.

Hong Cheon Gi jatuh cinta pada Ha Ram meskipun dia buta. Namun begitu, kehidupan di istana tidak akan mudah bagi pasangan itu kerana mereka dikelilingi oleh hubungan romantis dan politik kerajaan, termasuk Putera Soo Yang (lakonan Kwak Shi Yang) yang kejam dan laparkan kekuasaan, serta Putera An Pyeong (lakonan Gong Myung) yang lucu dan berjiwa bebas.

“Lovers of the Red Sky” akan bersiaran menerusi ONE TV Asia Astro Ch 393 mulai 31 Ogos depan bagi mengisi slot drama Selasa dan Rabu, pada jam 8.10 malam. Drama ini juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go.

5. Check Out The Event (MBC)

“Check Out the Event ”adalah drama perjalanan penuh emosi di mana dua bekas kekasih yang memenangi trip percutian pasangan yang mana mereka telah menyertainya sebelum putus. Untuk meneruskan perjalanan, mereka berpura-pura masih bersama ketika trip ke Pulau Jeju bersama beberapa pasangan lain.

Minah Girl’s Day akan membawakan watak sebagai Ha Song Yi, seorang penyelaras di sebuah taman botani yang menjalani hari-hari yang sukar setelah berpisah dengan teman lelakinya. Menurut Minat, wataknya digambarkan sebagai seseorang yang jujur ​​tentang perasaannya unik, ceria, dan berkeyakinan.

Sementara itu, Kwon Hwa Woon akan membawakan watak sebagai bekas kekasih Ha Song Yi, Park Do Kyum, yang merupakan ketua kumpulan dan vokalis untuk kumpulan indie. Kwon Hwa Woon menggambarkan wataknya sebagai “seseorang yang dingin dan sombong, tetapi tulus ikhlas mencintai seorang wanita.”

Suatu hari Park Do Gyeom mengakhiri hubungannya dengan Ha Song Yi secara tiba-tiba. Perkara ini membuatkan Ha Song Yi patah hati, namun dia tetap tabah dan meneruskan hidupnya. Sebelum hubungan mereka putus, Ha Song Yi mengikuti sebuah acara percutian pasangan dan ini membuatkan dia kembali dipertemukan dengan bekas kekasihnya, Park Do Gyem. Demi memenangi acara tersebut, mereka kemudian berpura-pura menjadi pasangan kekasih.

Woo Yeon pula akan membawakan watak sebagai pemandu pelancong Seo Ji Kang, yang akhirnya mempunyai perasaan terhadap Ha Song Yi sepanjang perjalanan ke Pulau Jeju. Woo Yeon menjelaskan, “Seo Ki Jang adalah penulis esei yang memilih untuk menjadi pemandu pelancong perjalanan pasangan untuk memerhatikan pasangan [untuk penulisannya].”

Lee Jin Hyuk UP10TION dan Nam Kyu Hee akan memainkan pasangan YouTuber, Song Jong Ho dan Noh Hyo Jung, yang kedua-duanya adalah penari, sementara pelakon veteran Kim Young Sun dan Kim Hee Chang akan memegang watak Hyun Kyung Mi dan Kang Jae Nam, pasangan tertua dalam trip tersebut.

“Check Out The Event” adalah garapan dari sutradara Kim Ji Hoon dan Lee Han Joon serta naskhahnya ditulis oleh Kim Tae Joo. Drama empat episode ini akan membawa penonton mengembara ke Pulau Jeju yang bersama [para pelakon dan karakter mereka] mulai 15 Ogos dirangkaian Astro Oh!K Ch 394 jam 9.35 malam. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea dan juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go.

6. Hometown Cha-Cha-Cha (tvN Netflix)

“Hometown Cha-Cha-Cha” adalah remake daripada filem “Mr.Hong”, di mana ia merupakan sebuah kisah romantis mengenai doktor gigi Yoon Hye Jin dan Hong Doo Shik, yang dikenali sebagai Mr. Hong di kampung Gongjin.

Shin Min Ah akan membawakan watak Yoon Hye-jin, seorang doktor gigi yang membuka klinik gigi di desa tepi laut Gongjin. Dia seorang wanita yang cantik, pintar,tegas, disayangi dan kadang-kala kekok juga.

Hong Du-sik lakonan Kim Seon Ho pula sebenarnya merupakan seorang penganggur, namun sering mengambil beberapa pekerjaan yang aneh dan membantu orang-orang di kampung. Sekiranya seseorang memerlukan pertolongan, Hong Du-Sik adalah yang pertama muncul dan memberikan pertolongan.

Drama ini sangat dinantikan di kalangan penonton kerana ia menemukan Shin Min Ah dan Kim Seon Ho. Menurut produksi drama, “Sejak kami berkongsi gambar pertama untuk ‘Hometown Cha-Cha-Cha,’ kami ingin menunjukkan sepenuhnya daya tarikan yang dimiliki oleh drama ini. Kami cuba merakamkan kisah percintaan Hye Jin dan Doo Shik serta keselesaan yang dapat dirasakan oleh penonton melalui kampung Gongjin yang terletak di tepi pantai. “

“Hometown Cha-Cha-Cha” ini disutradarai oleh Yu Je-won (“Oh My Ghost”,”Tomorrow With You”) dan ditulis oleh Shin Ha Eun (“The Crowned Clown”). Drama ini akan tersedia di platform Netflix mulai 28 Ogos depan, jam 10 malam.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, Jangan keluar rumah kalau tiada keperluan and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness) #KitaJagaKita

loading...