Love, tinggalkan kumpulan OnlyOneOf dan agensi telah mengesahkannya

Ahli kumpulan OnlyOneOf, Love merangkap ketua kumpulan dan vokal is utama meninggalkan kumpulan.

Pada 2 Ogos, 8D Entertainment berkongsi berita pemergian Love melalui  satu pernyataan rasmi seperti di bawah:

Helo. Ini adalah 8D Entertainment .

Love, salah seorang ahli OnlyOneOf, telah memutuskan untuk menamatkan segala aktivitinya bersama dengan kumpulan OnlyOneOf. Setelah mempertimbangkan dengan teliti dan berbincang secara mendalam, dia mengambil langkah untuk menarik diri dari kumpulan tersebut.

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana menyampaikan berita seumpama ini kepada peminat yang selama ini telah memberikan sokongan kepada OnlyOneOf.

Kami meminta anda untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau spekulasi tidak berasas mengenai pemergiannya kerana ini adalah urusan peribadi ahli.

Promosi pra-rancangan OnlyOneOf untuk separuh akhir tahun ini akan dijadualkan semula, dan kami akan memaklumkan semula anda setelah kami selesai menyusun kembali semua aktiviti mereka.

Terima kasih.

OnlyOneOf adalah kumpulan lelaki yang debut pada tahun 2019 dengan tujuh orang ahli. Baru-baru ini, mereka kembali dengan album “Produced by [myself]” dengan title track “? (questiOn mark)”.

Sumber : star.mk

loading...