(Terkini) Son Naeun Apink dan Kim Bum sah sertai Rain untuk drama fantasi perubatan terbaru JTBC

Terkini, pada 2 Julai, agensi YG Entertainment mengumumkan bahawa Son Naeun dari kumpulan Apink akan menyertai Rain dan Kim Bum untuk membintangi drama “Ghost Doctor”

Son Naeun akan memainkan peranan sebagai pelatih di bilik kecemasan Oh Soo Jung, yang mempercayai fenomena mistik dan keajaiban walaupun belajar dalam bidang perubatan. Kerana mempunya satu rahsia yang disembunyikannya, dia bercita-cita untuk menjadi pakar bedah toraks – walaupun keiinginannya ditentang oleh keluarganya.

Sumber (1)

Terdahulu, pada minggu lepas media melaporkan Kim Bum sedang meneliti tawaran drama terbaru JTBC yang akan menggandingkannya dengan Rain. Nampaknya, Kim Bum telah mengesahkan untuk membintangi drama tersebut.

Pada 30 Jun, King Kong by Starship mengesahkan, “Kim Bum akan tampil dalam‘ Ghost Doctor ’ sebagai Go Seung Tak. Kami mohon anda teruskan menyokong Kim Bum, yang akan terus bekerja keras pada masa akan datang. “

Drama ini akan diarahkan oleh PD Boo Sung Chul (“Heirs”, “Our Gap Soon”) dan skripnya ditulis oleh Kim Sun Soo (“Live Up to Your Name”. “Ghost Doctor” adalah drama perubatan fantasi mengenai dua doktor yang tidak mungkin lebih berbeza dari segi latar belakang, kemahiran, atau keperibadian mereka, tetapi akhirnya menggabungkan badan dan roh. Ia juga turut berkisarkan tentang kisah emosional doktor hantu, walaupun setelah kematian mereka, tapi masih tidak dapat meninggalkan hospital atau pesakit mereka.

Baca juga : Uee dan Kim Bum ditawarkan peluang bergabung dengan Rain untuk drama perubatan terbaru

Kim Bum akan memegang watak sebagai Go Seung Tak, seorang residen yang sangat pintar dan berasal dari latar belakang yang penuh keistimewaan. Dilahirkan dalam keluarga kaya yang genius, Go Seung Tak dibesarkan dengan segala kelebihan. Apabila dia mendapati dirinya terjerat dengan pakar bedah toraks genius, Cha Young Min (lakonan Rain) kerana suatu insiden yang tidak dijangka, pelbagai kisah yang menghiburkan akan terungkap.

Kini hanya tinggal Uee, yang masih lagi dalam proses menimbangkan tawaran untuk membintangi drama ini. “Ghost Doctor” dijangka akan disiarkan pada pertengahan tahun kedua 2021.

Sumber : Newsis

loading...