ATEEZ tumbangkan SHINee, (G)I-DLE, VERIVERY, ENHYPEN & NCT 127, raih album terlaris di Korea minggu ini

May be an image of 7 people

ATEEZ melakar sejarah lagi apabila meraih jualan terbaik di dalam seminggu di dalam kalangan kumpulan kpop generasi keempat.

Menurut Hanteo, album mini keenam, ‘ZERO: FEVER Part.2’ keluaran ATEEZ telah berjaya meraih 304,585 unit di dalam seminggu sekaligus meletakkan mereka no.1 di carta album Gaon minggu ini, dan akhirnya melangkaui pencapaian dibuat oleh SHINee (pemegang no.1 carta album Gaon sebelum ini), (G)I-DLE, Verivery, Enhypen, dan NCT 127 masing-masing dengan pengeluaran album: Don’t Call Me, I Burn, SERIES `O` [ROUND 1 _ HALL], Border Day 1 dan Neo Zone – The 2nd Album di dalam carta yang sama dengan Verivery saja mengeluarkan album terbaru.

Jualan album diperolehi oleh ATEEZ tersebut meningkat sebanyak 30.5% berbanding album terdahulu, ‘ZERO: FEVER Part.1’, meletakkan ATEEZ kini di hadapan dalam kalangan kumpulan kpop generasi keempat (Stray Kids, TXT, etc) yang berjaya berbuat demikian.

Baca lagi: ATEEZ cipta rekod jualan yang menakjubkan untuk album terbaru, ‘ZERO: FEVER Part.2’ ; Jongho ATEEZ punyai kekuatan genggaman paling menggerunkan di antara artis-artis Kpop

Pencapaian terbaik ATEEZ ini sudah diramal sejak kumpulan itu meraih jualan sebanyak 156,000 unit di dalam masa sehari saja menurut Hanteo dan pembelian awal berkenaan melebihi 350,000 unit sebelum ini.

Sumber: gaon, hanteo

loading...