Muka monyok kesedihan, Seok Jin & Taehyung reda saja biarkan kaki Jimin BTS ‘landing’ di pangkuan riba mereka

May be an image of 3 people and indoor

Video petikan temubual di antara ahli-ahli BTS tertular baru-baru ini di dalam suatu laman komuniti forum.

Di dalam petikan video gif tersebut, Kim Seok Jin dan Kim Taehyung dengan muka monyok kesedihan pasrah membiarkan kaki Jimin BTS mendarat di pangkuan riba mereka. Jimin dilihat sedang mengucapkan sesuatu kepada penemubual mereka.

Reaksi kedua-dua ahli BTS ini mengundang tawa netizen yang memahami keadaan diri mereka yang mungkin terpaksa menahan sabar melayan kerenah Jimin. Ada di antara netizen juga mendakwa kedua-duanya memutuskan untuk membiarkan Jimin duduk di pangkuan riba mereka bagi membolehkan Jimin saling duduk sebaris dengan mereka. Jimin merupakan ahli BTS paling rendah ukuran ketinggian berbanding yang lain.

FatTidyBluemorphobutterfly-size_restrict

Pernah suatu ketika Seok Jin cuba meraba pahanya, namun yang dipegangnya sebaliknya adalah kaki milik Jimin.

BTS kini sedang mengadakan siri temubual bersama media Amerika Syarikat sebelum mengadakan persembahan sulung mereka di anugerah Grammy ke-63 berlangsung di Los Angeles pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia, hari Isnin 15 Mac 2021 ini. Lagu ‘Dynamite’ nyanyian BTS turut tercalon di dalam kategori “Best Pop Duo/Group Performance” bersaing kategori tersebut dengan “Un Dia (One Day)” oleh J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny dan Tainy, “Intentions” oleh Justin Bieber ft. Quavo, “Rain on Me” oleh Lady Gaga & Ariana Grande serta “Exile” oleh Taylor Swift ft. Bon Iver.

Sumber: N/A

loading...