ATEEZ mencipta rekod persendirian yang sangat baik untuk album terbaru, ‘ZERO: FEVER Part.2’.
Album mini keenam ATEEZ tersebut berjaya meraih jualan sebanyak 156,000 unit di dalam masa sehari saja menurut Hanteo, memecahkan rekod persendirian mereka sebanyak 110,000 unit yang dicapai menerusi album terdahulu, ‘ZERO: FEVER Part.1’ pada Julai 2020. Ia merupakan ‘comeback’ ATEEZ selepas 8 bulan tanpa Mingi yang direhatkan sebentar untuk segala promosi berkaitan kerana masalah kesihatan.
Ketika menghadiri sidang media atas talian untuk persembahan showcase album mereka semalam, ATEEZ berkata, “Kami meletakkan setiap identiti kami di dalam album ini. Kami harap semua orang tahu ATEEZ adalah sebuah kumpulan. Kami akan buktikan pengubahan ke atas ‘Growth Tease’ untuk kita semua.”
Pencapaian hebat ATEEZ itu dapat diramal selepas mereka merekodkan pembelian awal album berkenaan melebihi 350,000 unit sebelum ini. ‘ZERO: FEVER Part.2’ bukan saja mencatatkan kejayaan di tanah air sendiri, malah menduduki posisi no.1 di dalam carta muzik harian Itunes di kebanyakan 39 negara di seluruh dunia.Di samping itu, single utama ‘Firework : I am The One’ turut melakarkan kejayaannya tersendiri menduduki tangga pertama di carta-carta muzik harian di merata dunia dan MV-nya juga telah meraih tontonan melebihi 10 juta sejak disiarkan pada dua hari lepas.
ATEEZ dijangka akan menggegarkan pentas Mnet Kingdom bermula 1 April 2021 depan.
Sumber: hankookilbo