Jongho ATEEZ punyai kekuatan genggaman paling menggerunkan di antara artis-artis Kpop

May be an image of 1 person and text that says '본인도 손도 CAIERY D'

Mungkin ramai tidak menyedari Jongho ATEEZ memiliki kekuatan genggaman yang menggerunkan dalam kalangan artis-artis Kpop.

Di dalam satu hantaran yang ditularkan oleh netizen hari ini, Jongho berjaya memecahkan pepejal yang digenggamnya sehingga mencecah rekod sebanyak 89.6kg. Netizen tersebut membandingkan Jongho dengan Choo Seong hoon (Yoshihiro Akiyama) yang mampu merekodkan sebanyak 87kg. Lazimnya, purata rekod genggaman terkuat lelaki dewasa adalah sekitar 40 hingga 50 kg.

 

 

Jongho ATEEZ pernah beberapa kali menunjukkan kemahirannya itu, antaranya di dalam rancangan realiti tv MBC Weekly Idol, di mana dia berjaya memecahkan epal yang digenggamnya dan tembikai kepada dua bahagian di dalam sekelip mata saja.

Jangan memandai-mandai cuba bergaduh dengan Jongho. Sekali dia genggam, mahu pecah tangan!

Sumber: wikitree, theqoo

loading...