Wonwoo SEVENTEEN disebut-sebut peminat mampu galas watak Lee Shin di dalam ‘remake’ Princess Hours nanti

May be an image of 5 people and text

Sebahagian peminat tampaknya sudah berusaha menamakan beberapa pelakon yang sesuai menggalas watak yang pernah dibawa oleh Yoon Eun Hye, Ju Ji Hoon, Kim Jung Hun dan Song Ji Hyo untuk adaptasi terbaru “Princess Hours” nanti.

Walaupun pihak produksi mengesahkan akan membikin semula drama itu dengan nafas baru nanti, namun pihak produksi belum menetapkan lagi nama-nama pelakon piihan mereka yang berkemungkinan besar akan dicari dalam kalangan idol-idol ternama.

Antara nama yang disebut oleh peminat ialah Wonwoo daripada kumpulan kpop SEVENTEEN. Alasannya adalah kerana rupanya dikatakan agak mirip dengan pelakon Ju Ji Hoon sewaktu membawakan watak Lee Shin di dalam MBC Princess Hours itu dulu. Wonwoo tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang lakonan drama sebelum ini, tetapi pemilihannya mungkin tidak mustahil memandangkan pihak produksi drama pernah mengambil Cha Eun Woo melakonkan watak Lee Suho yang mirip dengannya untuk tvN True Beauty.

MBC Princess Hours yang disiarkan pada tahun 2007 berjaya memungut ratings setinggi 27%. Ia bukan saja menaikkan populariti Yoon Eun Eye, idol daripada kumpulan kpop perempuan Baby Vox, itu sebagai pelakon, malah juga pelakon Ju Ji Hoon yang kini lebih sinonim berkarya di dalam layar perak serta Song Ji Hyo yang kini amat dikenali atas penyertaannya di dalam sitkom SBS Running Man. Ia kemudiannya mencetuskan adaptasi yang sama di China, Thailand, dan Mexico dan putaran (“spin-off”) dengan nama lain “Goong S” yang dibintangi oleh Se7en.

Sumber: naver

loading...