Miyeon (G)I-DLE & Nam Yoon Soo akan memulakan tugas baru di ‘M Countdown’ bermula esok, 18 Feb 2021

May be an image of 2 people

Miyeon (G)I-DLE dan Nam Yoon Soo akan memulakan tugas baru sebagai hos bersama ‘M Countdown’ bermula hari esok, 18 Feb 2021.

Kedua-dua bakal pengacara itu akan menggalas tugas bagi memeriahkan pentas ‘M Countdown’ itu dengan gandingan kimia yang lebih menarik berbanding dahulu.

Sebelum ini, Lee Dae Hwi AB6IX dan Han Hyun Min telah diberikan tugas demikian dan terpaksa berhenti untuk memberikan komitmen terhadap kerjaya persendirian mereka.

Program ‘M Countdown’ ini menampilkan beberapa adegan menarik artis-artis Kpop di atas pentas dalam merebut kemenangan no.1 di “music show”. Antaranya, kemunculan semula BTS menerusi lagu Boy With Luv dahulu yang kini mendapat tontonan melebihi 100 juta orang di Youtube selain gandingan serasi Sejun dan Soobin VICTON, Rocky, Sanha dan Jinjin ASTRO, serta Kino dan Wooseok PENTAGON yang diingati para penonton.

Sumber: newsen

loading...