jtbc Woman of Dignity terus mendunia dengan rating melebihi 10%

Siapa sangka drama bertemakan feminism berjaya menjulang rating tertinggi di slot drama kebel, jtbc, mungkin akan melebihi ratings dikecapi penulis drama ini untuk dramanya sebelum ini, jtbc Strong Woman Do Bong Soon. Drama ini dbintangi oleh teraju utama, Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah berkaitan dengan cabaran wanita dalam menghadapi situasi terhimpit sebelum menangkisnya dengan penuh rasa terhormat.

Episod lepas menyaksikan Kim Hee Sun ( Woo Ah Jin) baru menfailkan penceraiannya di mahkamah dengan haknya diminta sebagai isteri terjamin, berjaya mencatit rating tinggi sebanyak 9%. Manakala, Kim Sun Ah (Park Jae Ja) berjaya mendapat pembelaan terhadap ekuti yang dibelinya daripada ‘scammer’ atas kerugian dicatatkan syarikat tersebut. Setiap minggu, nama Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua/keempat dalam enjin carian berdasarkan Good Data Corporation.

jtbc Woman of Dignity ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu. Ternanti-nanti apakah terjadi pada mereka? Saksikan malam ini.

Artikel berkenaan:

  • https://kmania.info/2017/07/28/kim-hee-sun-balas-kecurangan-suami-dengan-cara-yang-classy-jtbc-woman-of-dignity/
  • https://kmania.info/2017/06/15/kim-sun-ah-kim-hee-sun-bertempur-dalam-jtbc-woman-of-dignity-tayangan-bermula-16-jun-2017/

Sumber: jtbc

loading...