Yoshi atau nama sebenarnya, Kanemoto Yoshinori, mengadakan temuduga bersama majalah Animage berhubung penglibatan TREASURE sebagai penyumbang lagu ost bagi animasi Jepun, ‘Black Clover’.
Yoshi terbabit sebagai penulis lirik dan merupakan salah satu ahli TREASURE yang berasal dari Jepun yang agak dikenali kerana penghasilan manga dan animasi itu. Selaku penggemar manga dan anime, Yoshi ditanya jika diberi peluang menjadi karakter utama animasi, apakah jenis cerita yang mahu disampaikannya. Yoshi menjelaskan dia mahukan cerita yang membolehkan dirinya meneroka angkasa lepas.
Ditanya pula samada dia pernah menonton animasi ‘Black Clover’, Yoshi berkata, “Oh saya pernah baca mangsa dekat Shonen Jump. Karakter utamanya, Asta, sangat hebat dan unik.”
Meskipun begitu, Yoshi turut mendedahkan animasi yang menjadi kegemarannya ialah ‘One Piece’ dan dia mahu menyarankannya kepada orang ramai untuk menontonnya jika kelapangan. “Ia adalah ONE PIECE. Saya banyak belajar tentang persahabatan daripada One Piece,” katanya. Secara kebetulan, nama watak Yoshi juga wujud di dalam animasi berkenaan sebagai anggota Lanun Hikaru. Malah, nama kumpulannya juga sinonim dengan harta karun yang ingin direbut-rebut oleh lanun-lanun laut di dalam ‘One Piece’.
TREASURE kini aktif mempromosikan album studio mereka, “The First Step : Treasure Effect” dengan lagu ‘My Treasure’ sebagai single utama.
Sumber: Animage