Kenali BAE173, kumpulan baru yang bakal menakluk dunia kpop satu masa nanti

Pelancaran album ‘debut’ BAE173 hari ini telah mengakhiri penantian terhadap nasib dua bekas ahli X1, Dohyon dan Lee Hangyul yang belum ketahuan sejak hampir setahun X1 dibubarkan.

Mantan ahli-ahli X1 seperti Song Hyeong Jun dan Kang Min Hee sudah pun mengecapi populariti menerusi CRAVITY; Kim Yo Han dan Cha Jun Ho pula masing-masing sudah pun mengorak langkah menerusi Wei dan DRIPPIN; Han Seung Woo kembali aktif dengan VICTON; Kim Woo Seok, Cho Seung Youn (WOODZ) dan Lee Eun Sang lebih selesa bergerak secara solo dengan album masing-masing manakala Song Dong Pyo masih tidak diketahui aktiviti terkininya melainkan perjumpaan bersama peminat dibuat pada 8 Nov lalu.

Kini, tiba masanya untuk Dohyon dan Lee Hangyul pula berbuat demikian dengan didukung oleh rakan-rakan satu label – J-Min, Yoojun, Muzin, Junseo, Youngseo, Doha, dan Bit lalu membentuk kumpulan kpop baru, BAE173 di bawah naungan Pocket Idol Studio (MBK Entertainment). BAE173 merupakan gabungan singkatan perkataan “Before Anyone Else” dengan “1” dan “73”. “1” bermaksud paling sempurna manakala “73” ialah nombor bertuah membawa kepada kejayaan dalam pelbagai kemungkinan. Gabungan kesemuanya seolah-olah seperti petir yang menyambar.

Gambar cr. MHN.

Selain Hangyul dan Dohyon yang memang sudah pun dikenali oleh peminat kpop, dua ahli Bit dan J-Min ini telah terlebih dahulu mencetuskan sensasi di laman sosial kerana memiliki pakej visual yang menawan. J-min (atau Jeon Min Wook) dikatakan mirip dengan Taehyung BTS dan Chan A.C.E manakala Bit (atau Noh Min Jae) dikatakan mirip dengan pelakon Lee Min Ho. Lebih menarik lagi, Doha sebenarnya merupakan pelakon kanak-kanak yang menggunakan nama sebenarnya, Na Gyu Min dan pernah melakonkan watak muda kepada Choi Minho SHINEE di dalam SBS To The Beautiful You (adaptasi daripada Hanazakari no Kimitachi e) selain watak muda lakonan Jung Woo di dalam tvN Reply 1994.

Dari kiri: J-min, Youngseo, Doha
Dari kiri: Hangyul & Yoojun
Dari kiri: Muzin & Junseo
Dari kiri: Dohyon & Bit

Dalam persembahan ‘debut showcase’ pertama pagi tadi bertempat di Dewan Seni Ilji, Cheongdam-dong, Seoul. BAE173 mempersembahkan lagu ‘Crush on You’, yakni single utama yang dimuatkan di dalam album ‘debut’ mereka, ‘INTERSECTION:SPARK’.

‘INTERSECTION:SPARK’ adalah gabungan persimpangan dengan percikan bunga api, yakni membawa maksud keunikan dan kehebatan sembilan orang ahli kumpulan ini bakal terserlah. Muzik video ‘Crush on You’ boleh dinikmati di seluruh Malaysia bermula jam 5.00 petang ini.

Manakala lagu kegemaran peminat, “All You” pula bakal dilancarkan pada 29 November 2020 dengan muzik videonya sendiri.

Sumber: fnnews, mknews

loading...