Rose Blackpink akhirnya keluarkan album solo pertama menjelang Mac 2021 depan

May be an image of 1 person

Rose Blackpink dijangka akan mengeluarkan album solo pertamanya pada Mac 2021 depan.

YG Ent. mengesahkan bahawa agensinya sedang di dalam persediaan untuk mengeluarkan album solo pertama penyanyi itu yang dijadualkan pelancarannya pada Mac 2021 nanti.

“Tarikh pelancaran akan diumumkan secara rasmi nanti,” kata jurucakap agensi itu. Blackpink baru saja selesai mengadakan konsert online ‘The Show’ pada akhir Januari lalu dan album ‘Blackpink The Album’ merupakan album studio pertama keluaran mereka sejak debut pada tahun 2016.

Album solo yang belum diberikan judulnya lagi ini, merupakan album solo kedua yang pernah dikeluarkan oleh mana-mana anggota Blackpink sejak ‘debut’. “Solo” dendangan Jennie sebelum ini yang dimuatkan di dalam album single solo pertama keluarannya telah menyebabkan sindrom “solo” berpanjangan dengan lebih 600 juta tontonan telah dicatatkan di Youtube.

Forbes pernah menamakan “Rose Blackpink”, antara artis Kpop yang bakal menyinar di Amerika Syarikat pada tahun 2021.

Sumber: sport donga

loading...