3 drama terbaru Korea ini akan ditayangkan di Netflix sepanjang Februari

 

Netflix merupakan salah satu medium popular kini untuk para penggunanya menonton drama, filem, rancangan variati mahupun dokumentari kesukaan mereka. Buat penggemar drama Korea, Netflix menjadi lubuk sumber utama tontonan mereka.

Sepanjang bulan Februari ini, tiga drama Korea terbaru akan ditayangkan di Netflix. Antaranya drama bertemakan misteri fantasi dari pengarah “The Legend of the Blue Sea” dan “The Master’s Sun”, masa tayangan yang lebih khusus bersama Song Joong-ki yang kembali ke dunia drama sebagai peguam kumpulan mafia Itali, dan percintaan yang menghangatkan hati antara Choi Kang-hee dan Kim Young-kwang.

Berikut merupakan drama yang akan mengisi slot tayangannya menerusi Netflix.

1. Sisyphus: The Myth

Siri fantasi-misteri ini dibintangi oleh pelakon popular Cho Seung-woo dan Park Shin-hye. Sekiranya anda masih belum lagi jatuh hati kepada bintang utama drama ini, jalan ceritanya juga sangat menarik.  Jurutera genius,, Han Tae-sul (Cho Seung-woo) mula menggali kebenaran tentang makhluk yang tinggal di antara mereka dan menyembunyikan identiti sebenarnya. Gang Seo-hae (Park Shin-hye) pula menyertai Han Tae-sul ketika dia berjuang untuk menyelamatkan nyawanya kerana dia adalah kunci untuk menyelamatkan nasib dunia. Anda boleh mengharapkan kisah epik dengan pelbagai aksi mendebarkan kerana mereka bertempur dengan musuh misteri dan berusaha menyelamatkan dunia.

“Sisyphus : The Myth” akan bersiaran di Netflix mulai 17 Februari ini pada setiap Rabu dan Khamis.

2. Vincenzo

Vincenzo adalah sebuah lagi siri drama yang dibintangi oleh pelakon popular Song Joong-ki, bintang yang kian meningkat naik Jeon Yeo-be, Ok Taec-yeon, Kwak Dong-yeon, dan ramai lagi. Song Joong-ki menggambarkan Vincenzo Cassano yang merupakan penguam kumpulan mafia Itali. Dia meninggalkan Itali dan kembali ke Korea di mana bertemu dengan peguam Hong Cha-yeong (Jeon Yeo-be). Mereka berusaha mencapai keadilan ketika mereka melawan kejahatan dengan menggunakan kaedah yang digunakan oleh penjahat. Dunia kejahatan dan dunia undang-undang bersatu dengan pahlawan dunia gelap yang menegakkan keadilan.

“Vincenzo” akan bersiaran di Netflix mulai 20 Februari pada setiap Sabtu dan Ahad

Baca juga : Februari ini siarkan 11 drama Korea terbaru untuk tontonan anda

3. Hello, Me!

Sekiranya rom-com menjadi kegemaran, anda boleh menonton Hello, Me! Siri percintaan fantasi ini dibintangi oleh Choi Kang-hee sebagai Ban Ha-ni, seorang wanita berusia 37 tahun yang mengalami kemerosotan dalam semua aspek kehidupannya. Dia dikunjungi oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re) yang tidak takut dan gentar dengan apa-apa. Kisah ini melibatkan semangat juang, proses perkembangan dan cinta. Anda boleh menantikan saat-saat lucu dan romantis dengan Ban Ha-ni ketika berinteraksi dengan Han Yu-hyeon yang kaya, dan tampan (Kim Young-kwang). Ini pasti akan menjadi pengalaman yang menggembirakan dan menghangatkan hati.

“Hello,Me!” akan bersiaran di Netflix mulai 17 Februari pada setiap Rabu dan Khamis.

Buat pelanggan-pelanggan Netflix, jangan lupa untuk saksikan drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang Februari ini. Boleh kunjungi Netflix untuk mengetahui siaran-siaran rancangan lain yang disiarkan. Tidak rugi sekiranya anda melanggan Netflix kerana segala rancangan yang disiarkan akan membuatkan hari-hari anda penuh dengan pelbagai hiburan.