Dreamcatcher pecah rekod, raih album terlaris di Korea minggu ini atasi Golden Child, Blackpink, Bobby iKON & CRAVITY

May be an image of 7 people and people standing

Dreamcatcher mencipta rekod persendirian yang sangat menakjubkan pada minggu ini, apabila meraih jualan album terlaris di Korea buat pertama kali sejak debut pada tahun 2014.

Menurut Hanteo, album ‘Road To Utopia’ keluaran Dreamcatcher berjaya meraih 64,596 unit di dalam seminggu sekaligus meletakkan mereka no.1 di carta album Gaon minggu ini, dan mengatasi pencapaian dibuat oleh Golden Child, Blackpink, Bobby iKON dan CRAVITY di dalam carta yang sama. Jualan album tersebut yang diraih sebanyak 45k unit dalam tempoh 3 hari saja juga didapati telah memecahkan rekod persendirian Dreamcatcher dengan pencapaiannya adalah 15 kali ganda jualan daripada album trilogi pertama mereka. Dreamcatcher hanya di belakang (G)-IDLE saja untuk perolehan jualan album terbanyak bagi kumpulan kpop perempuan untuk tahun 2021 ini.

Lebih mengharukan lagi, album ‘Road To Utopia’ juga merupakan album pertama Dreamcatcher meraih kedudukan no.1 di dalam carta mingguan album Gaon setelah mencuba tuah menerusi dua 2 album studio, 8 album mini EP, dan 3 album mini single selama 7 tahun sebelum ini. Album keluaran Dreamcatcher sebelumnya iaitu Dystopia: Lose Myself juga berjaya mencipta kegemilangan apabila meraih sebanyak 101,668 unit, yakni pencapaian terbaik mereka walaupun sekadar meraih no. 3 di dalam carta mingguan album Gaon.

‘Road To Utopia’ mengandungi 7 buah lagu berentakkan gabungan rock dan elemen hip hop dengan lagu ‘Odd Eye’ bercirikan nu metal serta petikan gitar dan piano yang mengasyikkan itu dijadikan single utama.

Sumber: Gaon, Hanteo

loading...