5 Selebriti Korea ini paling susah nak ditumbangkan jika dibawa satu lawan satu, menurut Julien Kang

May be an image of 4 people and people standing

Julien Kang, model kacak kacukan Korea dan Perancis ino, menamakan lima selebriti Korea yang dirasakannya paling hebat berlawan dan sukar ditumbangkan jika dibawa satu lawan satu.

Dalam temubual bersama MBC Radio Star, Julien Kang menamakan Kang Ho Dong di tempat kelima, diikuti oleh Kim Joong Kook daripada SBS Running Man di tangga keempat dan Yoon Hyung Bin di tangga ketiga. “Pelakon Lee Jae Yoon di tempat kedua dan pelakon Ma Dong Suk pula di tempat pertama,” katanya.

“Kenapa abang Ho Dong no.5?,” tanya hos Kim Kook Jik terpinga-pinga. “Aku tak tahu pasal gusti, tetapi aku pernah cuba lawan dengannya. Akhirnya, aku tak jadi pergi ke stesen penyiaran sebab abang (hyung) minta aku suntingkan terlebih dahulu,” jawabnya secara berseloroh.

Berikut adalah senarai lima selebriti berkenaan beserta sebab mengapa mereka mungkin sukar untuk ditumbangkan:

5. Kang Ho Dong

Kang Ho Dong merupakan bekas pemain gusti tradisional sebelum bergiat aktif sebagai pelawak dan hos rancangan realiti tv terkemuka, jtbc Knowing Brothers, SBS Strong Heart, tvN New Journey To The West dan KBS Cool Kiz on the Block. Beliau pernah beberapa kali dinobatkan juara Pertandingan Gusti Kebangsaan sekitar tahun 1987 hingga 1992 untuk kategori ‘Terbuka’ dan ‘Berat melebihi 95.7kg’.

“Aku bergusti sejak kecil lagi. Apabila aku jadi pemain gusti professional, aku dihargai oleh orang ramai dengan gelaran ‘lelaki dengan kekuatan yang hebat’ “, katanya seperti dipetik dalam satu sidang media.

4. Kim Joong Kook  

Tidak perlu sebut pun pasti ramai yang kenal dengan selebriti ternama daripada rancangan tv SBS Running Man ini iaitu Kim Joong Kook. Kim Joong Kook yang merupakan bekas penyanyi duo Turbo dan penyanyi majlis kahwin ini memiliki tubuh bersasa hasil penat lelah melakukan senaman di gimnasium. Beliau sentiasa kelihatan bertubuh kekar di dalam Running Man sehingga kadangkala boleh mencetuskan ketakutan kepada lawannya sebelum diarahkan berbuat demikian.

Baru-baru ini Kim Joong Kook menunjukkan kemahiran bergelut dengan cara ‘Spartan’ di mana beliau mampu menumbangkan lawannya dengan satu tangan saja.

3. Yoon Hyung Bin

Yoon Hyun Bin mungkin tak dikenali oleh ramai penggemar hiburan di luar Korea sana, namun pelawak yang dikenali menerusi KBS Gag Concert dan merupakan suami kepada Jung Kyung Mi ini pernah membabitkan diri sebagai pemain tinju MMA. Kalau sesiapa pernah mengikuti Khabib Nurmagomedov, pasti kenal dengan sukan ini.

Yoon Hyun Bin hanya pernah menumpaskan Takaya Tsukuda dalam satu lawan satu pada tahun 2014, namun dikatakan telah bersara daripada sukan tersebut sepenuhnya selepas melunaskan dendamnya.

2. Lee Jae Yoon

Lee Jae Yoon, pelakon bertubuh sasa ini memiliki tali pinggang berwarna ungu dalam seni Jujutsu Brazil. Sukan jenis ini yang dibangunkan dari asas judo jenis Kodokan, memberikan tumpuan kepada pergerakan mencengkam dengan penekanan khusus terhadap gerakan tempuran tanah.

Lee Jae Yoon kadangkala menunjukkan aksi bertempurnya di dalam drama seperti MBC Weightlifting Kim Bok Joo, tvN Another Oh Hae Young, dan Glamorous Tempation.

1. Ma Dong Seok

Sebut saja drama OCN Bad Guy, filem Train To Busan dan The Outlaws, pasti ramai yang kenal dengan Ma Dong Seok. Memiliki fizikal sasa seperti beruang Grizzly, Ma Dong Seok bukan mudah untuk dikalahkan jika dibawa lawan satu-persatu dengannya.

Kehebatan beliau menangkis serangan zombie di dalam filem Train To Busan mungkin sesuatu yang dikenang-kenang penonton sehingga kini. Ma Dong Seok dijangka akan membintangi filem Marvel Universe terbitan Hollywood, ‘Eternals’ sebagai Gilgamesh.

Sumber: IS Plus

loading...