Ailee kembali ke Malaysia untuk konsert solo pertama I AM : HERE dengan Aina Abdul sebagai pembuka persembahan pada Jun ini 

Fenomena K-pop antarabangsa, AILEE bersedia untuk memukau peminat di Malaysia dengan konsert solo pertamanya yang sangat dinanti-nantikan di Kuala Lumpur.  Ailee, I AM: HERE debut di Malaysia pada 22 Jun 2024 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 8.30 malam.

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi solo wanita tersohor ini. Ailee merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan. Dipuji dan dipuja oleh peminatnya di seluruh dunia kerana persembahan pentasnya yang penuh semangat, magnetik dan menarik, serta kebolehan vokal beroktan tingginya, Ailee, yang digelar ‘Ratu OST’, telah meletakkan lebih 30 buah runut lagu nyanyiannya di pelbagai carta setakat ini.  Ini menjadikannya seorang bintang besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatannya di Korea Selatan.

Ailee telah memenangi Anugerah Muzik Asia Mnet untuk `Persembahan Vokal Wanita Terbaik`selama empat tahun berturut-turut dari 2013 hingga 2016, masing-masing untuk “U&I,” “Singing Got Better,” “Mind Your Own Business,” dan “If You”. Single beliau pada 2017, “I Will Go to You Like the First Snow,” yang dirakam untuk runut bunyi siri drama televisyen Guardian: The Lonely and Great God, memenangi beberapa anugerah dan merupakan lagu paling berjaya secara digital pada tahun itu. Ia juga turut menjadi best-selling record untuk filem dan drama dalam pasaran rakaman runut bunyi Korea.

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada usia 16 tahun, bintang K-pop itu telah mengeluarkan empat album studio, 26 video muzik, enam EP dan 23 single. Enam daripadanya telah memasuki kedudukan lima teratas di Carta Digital Gaon.

Selepas bekerja sementara di Muzo Entertainment di New York City, Ailee berpindah ke Korea Selatan pada 2010. Ailee kemudia debut dengan single pertamanya “Heaven,” pada 2012 dan lagu itu telah menduduki tempat ke-3 di Carta Digital Gaon, Ailee memperoleh anugerah ‘Artis Baharu Terbaik’ di Anugerah Muzik Melon, diikuti dengan Anugerah Cakera Emas, Anugerah K-Pop Carta Gaon dan Anugerah Muzik Seoul.

Disebut-sebut sebagai ‘Beyoncé of South Korea’ kerana persembahan pentasnya yang dinamik, bertenaga tinggi dan vokal yang mantap digandingkan dengan lagu-lagu dengan elemen agresif yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita, Ailee telah mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang artis paling menarik dalam industri K. -Pop. Pencapaian terbesarnya termasuk memenangi 11 trofi dalam siri TV yang sangat popular untuk penyanyi iaitu`Immortal Song Diva,’ dengan sembilan kemenangan untuk siri itu dan dua kemenangan pada rancangan terakhir King of Kings.

Pastinya persembahan Ailee di Malaysia ini dinanti ramai kerana lantunan suaranya yang luar biasa sudah cukup untuk menawan hati para peminat. Apatah lagi penyanyi itu bakal menyanyikan lagu-lagu popularnya sama ada dari albumnya atau runut lagu yang menghiasi beberapa drama Korea popular. Beruntungnya peminat Ailee di Malaysia kerana mereka dapat merasai dan menyaksikan sendiri secara dekat persembahan mantap dari penyanyi tersebut. Daripada lagu dengan genre balada hingga ke lagu yang rancak, seleksi muziknya pasti menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh peminatnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal memberi jaminan konsert itu bakal memberi kepuasan maksimum kepada peminat penghibur bertaraf diva itu.

Kami bersemangat bekerjasama dengan Ailee untuk konsert solo pertama di Malaysia. Ailee adalah seorang artis yang sangat berbakat dan menjadi contoh kepada generasi peminat muzik K-Pop. Kami yakin bahawa konsertnya akan menjadi kejayaan besar, memukau penonton dan meninggalkan impak yang berkekalan. Jadi, adakah kita bersedia untuk mengalami satu malam yang sensasi?

–  Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal

Aina berkongsi pentas dengan penyanyi K-Pop pujaan, Ailee sebagai artis pembuka tirai

Apa yang lebih menarik Nurul Aina Abdul Ghani atau Aina Abdul merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia dipilih sebagai penyanyi pembuka tirai konsert Ailee, I AM: HERE. Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor.

Pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara lagu (AJL) sebanyak empat kali itu cukup terkenal dengan penyampaian penuh emosi dan bijak mengawal pentas dalam persembahannya. Tampil dengan single pertama berjudul ‘Inyan Kaumafu’ pada 2015, kariernya terus memuncak sejak itu dan namanya semakin kukuh dalam industri hiburan Malaysia bahkan seringkali mendapat perhatian ramai dengan karya-karyanya. Aina berjaya menawan hati pendengar dengan lirik lagu yang menyentuh. Bahkan kolaborasi dan single popularnya seperti `Blue’ (2023), `I Lost Me’ (2023), `Fool’ (2022), `Tunggu Kamu’ (2021), `Nafas Cinta’ (2020), `Maybe’ (2020). ), `Same Kind’ (2018), Hashtag (2018), dan banyak lagi telah mengumpulkan jutaan streaming di pelbagai platform digital.

Tidak hanya berbakat besar dalam dunia nyanyian, Aina juga terkenal dengan fesyen unik dalam persembahannya sama seperti Ailee – membezakan mereka berdua sebagai artis ikonik dalam industri yang padat, menjadikan kedua penerima penghargaan ‘vokal wanita terbaik’ ini menjadi kekuatan yang luar biasa dalam mencipta muzik yang beresonansi dengan para pendengarnya. Kualiti bakat dan karya mereka yang tidak boleh dipertikaikan telah membuatkan mereka mempunyai asas penggemar setia dan pujian kritis daripada pengkritik muzik dan orang dalam industri.

Untuk pengetahuan, Aina juga pernah tampil dengan beberapa video cover lagu nyanyian Ailee seperti “I Will Go To You Like The First Snow” (Goblin OST) di saluran YouTube rasminya. Menyifatkan Ailee seperti kakaknya, Aina banyak belajar mengenai teknik nyanyiannya menerusi video. Aina Abdul juga menyatakan keterujaannya dapat meraikan kehadirannya di Malaysia. Dengan menyatukan Ailee dan Aina Abdul dalam pentas yang sama, ia akan menyaksikan fenomena yang luar biasa apabila dua ikon terkenal dengan vokal yang hebat ini mempamerkan bakat masing-masing yang sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Penjualan Tiket Ailee, I AM: HERE

Ailee, I AM: HERE dijadualkan berlangsung pada 22 Jun 2024, Sabtu pada jam 8.30 malam bertempat di Mega Star Arena. Peminat boleh mendapatkan tiket pada ketetapan seperti berikut CAT1 (RM628), CAT2 (RM528) dan CAT3 (RM428). Harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran pengendalian RM4. Untuk pengetahuan tiket-tiket bagi zon Super Aileens/VIP (RM858),  CAT4 (RM358), dan CAT5 (RM288) telah habis dijual, manakala tiket-tiket yang masih tersedia terjual dengan pantas.

Jualan tiket konsert telahpun bermula sejak 2 Mac 2024 yang lalu melalui laman web LOL Asia https://lolasia.bigtix.io/events/IAMAILEE Sila pastikan anda membeli dan mendapatkan tiket hanya melalui laman web rasmi LOL Asia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. 

 

Jika anda merupakan peminat Ailee, jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan hebat beliau yang pastinya akan memberikan penonton kenangan yang paling istimewa. Dapatkan tiket anda sekarang sebelum kehabisan. Anda boleh layari media sosial rasmi LOL Asia untuk mendapatkan informasi terkini, Facebook, Instagram dan laman web rasmi LOL Asia.

Konsert Ailee, I Am: Here dipersembahkan oleh LOL Asia dengan sokongan daripada A2Z Entertainment, Hot FM dan Fly FM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOL Asia (@wearelol.asia)

Ailee kembali ke Malaysia untuk konsert solo pertama, Aina Abdul buat persembahan pembukaan di  I AM : HERE,

loading...