Bae In Hyuk, Hyeri, Jang Ki Yong, Kang Han Na & Kim Do Hwan digandingkan bersama untuk tvN Frightening Cohabitation

Dari kiri: Bae In Hyuk, Hyeri, Jang Ki Yong, Kang Hanna, Kim Do Hwan.

Bae In Hyuk, Hyeri, Jang Ki Yong, Kang Han Na dan Kim Do Hwan telah pun dipilih untuk membintangi drama terbaru tvN Frightening Cohabitation.

tvN Frightening Cohabitation yang diadaptasikan daripada webtoon karangan Na, berkisarkan tentang pelajar kolej bernama Lee Dam yang terserempak dengan lelaki gumiho yang berazam untuk menjadi manusia. Meskipun begitu, sumpahan berikutnya memastikan keadaan di mana sekiranya manusia menelan butiran permata, mereka boleh hidup sehingga setahun saja dan jika butiran permata itu pecah berderai, maka gumiho tidak boleh jadi manusia. Untuk mengelakkan terjadinya sumpahan itu, gumiho itu pun memutuskan untuk tinggal bersama Lee Dam.

Jang Ki Yong akan membawakan watak sebagai gumiho yang telah hidup selama 999 tahun bernama Shin Woo Yeo yang kacak dan sopan-santun manakala Hyeri pula akan memegang watak Lee Dam yang petah bercakap seolah-olah tanpa pernah wujud keraguan di dalam fikirannya.

Bae In Hyuk pula akan melakonkan watak Gye Sun Woo, rakan sekolej Lee Dam yang menaruh hati padanya. Gye Sun Woo seorang yang sangat popular dalam kalangan gadis-gadis di kolejnya, namun menjadi tidak keruan apabila cintanya ditolak oleh Lee Dam.

Kedua-dua Kang Han Na dan Kim Do Hwan yang telah meninggalkan impresi mengagumkan di dalam drama tvN Start Up sebelum ini, masing-masing akan membawakan watak sebagai gumiho wanita bernama Yang Hye Sun dan kawan baik Lee Dam bernama Do Jae Jin. Yang Hye Sun yang berazam untuk menjadi manusia seperti Gye Sun Woo juga, memiliki hati baik dan rupa yang agak menawan walaupun sebenarnya agak naif di dalam soal cinta manakala Do Jae Jin pula sanggup berkorban apa saja hingga berhadapan risiko hilang nyawa, organ atau anggota badan demi menagih cinta tak kesampaian. Do Jae Jin mencintai Yang Hye Sun sepenuh hati dan mahu melihat Yang Hye Sun menjadi manusia sepenuhnya.

Drama ini bakal menjadi drama pertama Hyeri dan Jang Ki Yong masing-masing selepas tvN Miss Lee pada tahun 2019 dan KBS Born Again pada tahun 2020. Ia mungkin menjadi drama terakhir Jang Ki Yong sebelum diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

tvN Frightening Cohabitation yang mendapat khidmat sutradara Nam Sung Woo (“MBC Weightlifting Kim Bok Joo”,”tvN 100 Days My Prince”) serta gandingan penulis skrip duo Baek Sun Woo dan Choi Bo Rim (“tvN Ugly Heart”,”tvN Poem A Day”) akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2021 hadapan.

Sumber: star news

loading...