Jang Ki Yong, Myung Soo (L) INFINITE & Woo Do Hwan masing-masing akan bintangi drama terbaru selewat-lewatnya hujung tahun ini

Image may contain: 3 people

Jang Ki Yong, Kim Myung Soo (L) Infinite dan Woo Do Hwan masing-masing sedang mempertimbangkan drama korea terbaru berjudul tvN A Terrifying Cohabitation, ‘New Secret Royal Agent’ dan OCN Hero dalam tiga perkembangan berbeza pada hari ini.

tvN A Terrifying Cohabitation yang diadaptasikan daripada webtoon, menceritakan tentang gumiho lelaki yang telah hidup beratus-ratus tahun sehingga hari ini semata-mata untuk menjadi manusia. tvN A Terrifying Cohabitation bakal mendapat arahan PD Baek Sung Ryung (“tvN Pegagus Market”,”tvN Surplus Princess”).

‘New Secret Royal Agent’ yang berlatarbelakangkan zaman Joseon, berkisarkan tentang seorang bangsawan muda dengan tiga nama watak berbeza, Hong Soo Kwan, Bu Soo-Chan, dan Sung Hae-Gyeom (pembaca cerita) yang hidupnya asyik bermain judi dengan pegawai istana sepanjang malam. Walaupun berwatakan ‘playboy’, Hong Soo Kwan ialah seorang yang berbakat dan pernah cuba meningkatkan hierarki hidupnya, tetapi akhirnya menumpukan kepada seni mempertahankan diri berbanding bekerja di dalam bidang akademik. Tiada maklumat tentang cenel yang bakal menayangkan drama ini tetapi ia akan mendapat sutradara Kim Jung Min (“KBS Princess Man”) serta penulis skrip Park Seong Hoon dan Kang Min-sun, sebagai krew yang terbabit.

Terakhir sekali, OCN Hero yang bergenrekan suspen, merupakan sebuah drama tentang keadaan terkini di mana keadilan tiada lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, dengan orang yang cuba menegakkan keadilan pula dianggap sebagai penjenayah. Woo Doo Hwan akan memegang watak Oh Kyung Tae, bekas pendakwaraya yang cuba untuk menangani tangan-tangan jahat tersebut daripada terus berkuasa.

Jang Ki Yong baru saja selesai membintangi drama KBS Born Again manakala Woo Do Hwan masih membintangi drama SBS The King Eternal Monarch. Ketiga-tiga pelakon ini, Jang Ki Yong, Kim Myung Soo dan Woo Do Hwan dijangka akan menyertai khidmat negara selewat-lewatnya hujung tahun ini dan perlu menyempurnakan satu drama sebelum berbuat demikian.

Sumber: IS Plus, donga 1, donga 2

loading...