Xing Zhao Lin ‘Eternal Love’ kantoi berpelukan dengan gadis misteri yang hanya berjubah mandi saja di dalam hotel

Xing Zhao Lin yang dikenali menerusi lakonannya di dalam drama China popular, ‘Eternal Love’ mencetuskan gosip hari ini apabila gambar-gambarnya sedang bermesra seorang gadis misteri bertebaran di laman sosial weibo.

Menurut sumber terdekat, gadis misteri tersebut yang merupakan pelajar di Beijing Film Academy dilihat menyambut Xing Zhao Lin yang tengah penat selepas menjalani penggambaran drama ke dalam hotel. Xing Zhao Lin dan gadis itu yang hanya berjubah mandi kemudiannya menuju ke lif berhampiran lalu berpelukan antara satu sama lain.

Saksi yang melihat kejadian berkenaan mendakwa gadis itu tak sempat untuk menukar pakaiannya kerana tidak lagi dapat tahan sabar untuk mendakap kekasih kacak kegilaannya itu. Mereka kemudiannya berdua-duaan masuk ke dalam bilik hotel.

Keesokan harinya, mereka berdua-duaan ke pintu bangunan Nortel bertempat di Beijing Film Academy dan Xing Zhao Lin mengambil masa beberapa minit sebelum beredar pergi demi memastikan gadis itu masuk ke dalam bangunan dengan jayanya.

Xing Zhao Lin di dalam ‘Eternal Love’

Gambar-gambar mesra Xing Zhao Lin itu telah mendatangkan kekecewaan kepada sebilangan besar peminat pelakon itu yang mula menyokong kerjaya lakonannya sejak drama ‘Eternal Love’ bersiaran. Agensi Xing Zhao Lin sedang dihubungi untuk memberikan keterangan lanjut mengenainya.

Sumber: weibo

loading...