7 drama terbaru Korea ini akan bersiaran sepanjang Disember sekaligus menutup tirai Kdrama 2020

Gaiss, December is coming and we are closely to say bye to year of 2020. Cepatnya masa berlalu dan tahun 2020 adalah tahun yang begitu mencabar. So, dah banyak mana drama Korea yang korang tonton sepanjang tahun ni? Penulis sendiri pun tak sempat nak tengok sebahagian drama yang dah masuk dalam watch list bucket.

Well, seperti biasa, ini dia 10 buah drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang Oktober ini. So, let’s check it out the list.

1. If you cheat, you die / Cheat on Me If You Can (KBS)

“If you cheat, you die”  mengangkat tema kehidupan orang dewasa, tentang pernikahan, kecurangan dan perceraian selain disuntik unsur komedi romantis dan juga triller misteri. Drama ini ditulis naskhahnya oleh Lee Sung Min yang juga pernah menghasilkan naskhah untuk drama “Queen of Mystery1-2” bertugas menjadi script writer dari drama ini. Manakala PD Kim Hyoung Seok bertindak sebagai pengarah yang pernah mengarahkan drama “Oh My venus”, “My Husband Got a Family” dan “My Golden Life“.

Jo Yeo Jeong membawakan watak Kang Yeo Joo seorang penulis bestseller misteri jenayah, yang seringkali memikirkan pelbagai cara untuk membunuh. Kang Yeo Joo digambarkan gembira dalam perkahwinan biarpun berkahwin dengan lelaki yang muda daripadanya. Dia sememangnya hebat dengan menghasilkan cerita yang tidak dijangkakan dan penuh misteri.

Manakala Go Joon membawakan watak si suami Han Woo Sung, seorang peguam penceraian. Dia selalu membantu kliennya dalam kes berkaitan penderitaan akibat cinta, curang dan penceraian. Biarpun seorang peguam yang hebat dalam pertahankan kliennya, namun personalitinya berubah ketika di rumah. Dalam pada itu, Han Woo Sung juga yang telah membuat akujanji bertulis dengan isterinya yang menyatakan “jika anda menipu, anda mati. “

Pelakon rookie Kim Young Dae melakonkan watak Cha Soo Ho, seorang pekerja sambilan di kedai serbaneka dengan rupa yang menarik serta terlibat dengan Kang Yeo Joo dan berusaha untuk melindunginya. Yeon Woo (bekas ahli Momoland) sebagai Go Mirae, seorang mahasiswi kesenian yang sukar untuk dibaca apa yang bermain difikirannya.

Song Ok Sook mengambil peranan sebagai pengurus rumah profesional Yeom Jin Ok, sementara Jung Sang Hoon akan membawakan watak teman baik Han Woo Sung, Son Jin Ho.

Lee Si Eon pula sebagai detektif Jang Seung Chul yang berpengalaman, dan bekerjasama dengan Kim Ye Won yang membawakan watak Ahn Se Jin, satu-satunya detektif wanita dari jabatan jenayah. Keduanya sangat rapat kerana menyertai jabatan polis pada tahun yang sama. Manakala Oh Min Seok pula sebagai Ma Dong Gyun, ketua di National Intelligence Service.

“If you cheat, you die” akan mula bersiaran pada 2 Disember depan dirangkaian KBS bagi mengisi slot Khamis dan Jumaat serta menggantikan drama “Do Do Sol Sol La La Sol.”

2. True Beauty (tvN)

‘True Beauty’ yang diadaptasikan daripada webtoon, berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Moon Ga Young akan membawakan watak utama bernama Im Ju Gyeong.

Cha Eun Woo pula bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya iaitu Im Ju Gyeong, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

Manakala, Park Yoona sebagai Kang Sujin pula digambarkan seorang yang sangat cantik rupawan dan mempunyai potongan badan yang menawan. Sikap yang kurang mesra ditunjukkan oleh Lee Sun Ho terhadapnya membuatkan dia memutuskan untuk merampas Lee Sun Ho daripada tangan Im Ju Gyeong. Hwang In Yeob pula sebagai Han Seo Jun, seorang yang mudah bersosial tapi agak berperangai kasar pada sesiapa yang tidak disukainya disebabkan latar belakangnya yang berasal daripada keluarga miskin. Menyukai bidang nyanyian dan mempunyai suara seperti Sam Smith, Han Seo Jun menjalani latihan sebagai idol tetapi hidupnya tidak keruan sejak menemui gadis yang diminatinya, Jungyeon dan terpaksa bersaing dengan Lee Sun Ho bagi mendapatkan Jungyeon sepenuhnya.

‘True Beauty’ mendapat arahan PD Kim Sang Hyub (MBC “Extraordinary You”) dan penulis skrip Lee Si Eun (“Rude Miss Young Ae”). Kim Sang Hyub berkata, “Ada saat-saat dalam hidup kita yang manisnya seperti coklat. Saya mengarahkan drama ini dengan harapan agar penonton dapat mengimbau kenangan manis sambil menonton drama ini. ” “True Beauty”Drama akan ditayangkan di Astro tvN Asia Ch 395, Unifi TV Ch 211 dan Astro Go mulai 10 Disember, jam 9.45 malam setiap Khamis dan Jumaat.

3. Hush (JTBC)

JTBC ‘Hush; yang diadaptasikan daripada novel ‘Silence Warning’, akan mengupas kepayahan dialami oleh wartawan-wartawan yang terpaksa berhadapan dengan masalah dan etika tersendiri dalam menyampaikan berita-berita sensasi.

Yoona akan membawakan watak wartawan mentah Lee Ji Soo yang baru saja berkecimpung di dalam industri media. Lee Ji Soo mahu menegakkan keadilan namun usahanya terbatas apabila terpaksa berdiri di atas paksi realiti. Dia menjadikan Han Joo Hyuk sebagai mentornya ketika mereka bekerja dalam satu pasukan yang sama.

Manakala, Hwang Jung Min akan melakonkan watak Han Joon Hyuk, seorang wartawan veteran yang memilih kerjaya ini kerana mahu berbuat sesuatu yang lebih daripada kemampuannya. Beliau telah menimba pengalaman bekerja dibeberapa buah syarikat penerbitan akhbar tetapi masih merasakan terdapat halangan di antara menegakkan keadilan dan realiti yang terpaksa dihadapi. Disebabkan itu, semangat kewartawanannya semakin pudar.

JTBC ‘Hush’.akan menjadi drama terbaru Yoona selepas tiga tahun, selepas drama terakhirnya MBC ‘The King In Love’, manakala menjadi kemunculan Hwang Jung MIn ke dunia drama dalam tempoh lapan tahun selepas TV Chosun Korean ‘Peninsular’. Antara yang turut membintangi ‘Hush’ adalah Kim Won Hee, Son Byung Ho, Park Ho San dan ramai lagi.

‘Hush’ dihasilkan naskhahnya oleh Kim Jung Min (KBS ‘Suits’) dan Choi Kyoo Sik (tvN ‘Let’s Eat 2-3’, tvN ‘Drinking Solo’)bertindak sebagai sutradara. Drama ini akan memulakan tayangannya pada 11 Disember depan bagi mengisi slot tayangan drama Jumaat-Sabtu. ‘Hush’ boleh juga ditonton menerusi aplikasi atau secara atas talian iQIYI.

4. Queen Cheorin / Mr. Queen (tvN)

tvN Queen Cheorin berkisarkan tentang seorang lelaki dari masa depan dengan rohnya terperangkap dan mendiami tubuh seorang pemaisuri di zaman Joseon. Drama ini bertemakan gabungan sejarah, dan disuntik dengan elemen komedi romantik.

Shin Hye Sun akan membawakan watak Kim So Yong, seorang pemaisuri dengan roh seorang tukang masak lelaki yang terperangkap di dalamnya manakala Kim Jung Hyun pula akan memegang watak raja Cheol Jong, di luarnya tampak senang diperkotak-katikkan kerana suka membuatkan orang tertawa dengan perangainya kelakar tapi di dalam rupanya tajam seperti pisau. Youngjae akan membawakan watak Kim Hwan, anak bongsu orang kaya Kim, antara tulang belakang penting dinasti Joseon.

tvN Queen Cheorin bakal ditulis oleh gandingan Park Gye Ok (“KBS Doctor Prisoner”,”KBS Inspiring Generation”) dan Choi Ah Il serta mendapat arahan daripada Yoon Sung Shik (“KBS Hwarang”). Drama ini akan mula bersiaran pada 12 Disember depan bagi mengisi slot tayangan hujung minggu dirangkaian tvN HD Astro 395/ Unifi 226 jam 9.50 malam, setiap hari Ahad dan Isnin.

5. Run On (JTBC)

‘Run On’ berkisarkan dua karakter utama dengan kehidupan berbeza yang mana apabila kali pertama bertemu, mereka mula membuka balik hati mereka yang telah lama terkurung selama ini. Im Si Wan akan membawakan watak atlet lumba lari Ki Sun Kyum, sebelum terpaksa bersara selepas kejadian tertentu yang memaksanya berbuat demikian. Sebaik saja dia menemui Oh Min Joo (lakonan Shin Se Kyung), dia terbuka hati untuk menerima takdir dalam keadaan dirinya yang bukan lagi atlet sukan. Oh Min Joo pun dalam nada yang sama, membuka hatinya yang terkusut selama ini selepas bertemu dengan Ki Sun Kyum.

Sooyoung akan membawakan watak CEO Seo Dan Ah, anak chaebol kepada Seomyung Group yang diperkecilkan kebolehannya kerana jantinanya seorang wanita. Seo Dan Ah menemui Lee Young Hwa (lakonan Kang Tae Oh), seorang pelajar seni lukisan yang agak popular di sekolahnya dan hobinya suka melukis gambar sebarangan di lorong-lorong terkemuka. Pada suatu hari,Lee Young Hwa terpana apabila diarahkan oleh seorang wanita tak dikenali (iaitu Seo Dan Ah) untuk melukiskan potretnya menyebabkan dia terjatuh hati padanya.

JTBC ‘Run On’ bakal mendapat arahan PD Lee Jae Hoon (“KBS Chief Kim”,”KBS Ghost Detective”) dan penulis skrip Park Min Sook. Ia akan mula ditayangkan pada 16 Disember depan dirangkaian JTBC bagi mengisi slot drama Rabu-Khamis setelah berakhirnya drama ‘Private Lives’

6. Sweet Home (Netflix)

‘Sweet Home’ adalah sebuah drama terbaru Netflix yang berdasarkan web hit thriller dengan nama yang sama. Drama bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi) menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi monster.

Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati untuk bertahan.

Selain Song Kang, drama ini turut dibintangi oleh Lee Jin Wook yang membawakan watak Pyeon Sang Wook, seorang bekas detektif yang mempunyai masa lalu yang penuh misteri. Lee Si Young pula sebagai Seo Yi Kyung, bekas ahli bomba yang biasa berkhidmat dalam pasukan tugas khas. Bagaimanapun watak Seo Yi Kyung ini adalah karakter baru yang tidak wujud dalam webtoon tersebut. Jadi, watak baru ini dijangka akan menjadi perhatian ramai bagi mengetahui bagaimanakah tenaga yang akan di bawakannya dalam drama ini. Manakala, Lee Do Hyun membawakan watak Lee Eun Hyuk yang cerdas dan menjadi pemimpin penghuni pangsapuri tersebut dalam melawan monster..

Lee Do Hyun akan berperanan sebagai Lee Eun Hyuk yang cemerlang, yang akal fikirannya yang tajam dan tenang membantunya memimpin penghuni bangunan pangsapuri, sementara Lee Jin Wook akan berperan sebagai Pyun Sang Wook, bekas detektif dengan masa lalu yang penuh misteri yang setiap orang salah anggap seorang samseng. Akhirnya, Lee Si Young akan berperanan sebagai Seo Yi Kyung, bekas anggota bomba yang biasa bertugas di pasukan khas.

“Sweet Home,” akan diarahkan oleh PD Lee Eung Bok yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hebat seperti “Goblin” dan “Mr. Sunshine”. Untuk pengetahuan Netflix telah mengeluarkan dana besar sehingga mencapai USD 2.4 juta untuk setiap episode dan menjadikan drama Netflix termahal dalam semua drama yang diterbitkan oleh rangkaian tersebut. “Sweet Home” akan mula ditayangkan menerusi Netflix pada 18 Disember depan.

7. Secret Royal Investigator (KBS)

‘Secret Royal Inspector’ merupakan drama bertemakan ‘Comedy-Historical’ yang fokus kepada kisah inspektor diraja kerajaan Joseon yang bertugas memberantas tindakan yang salah disisi undang-undang, rasuah, ketidakadilan dipejabat-pejabat dalam wilayah raja yang memerintah. Mereka akan melakukan penyamaran ke wilayah-wilayah tertentu atas titah si raja untuk mengetahui setiap permasalahan yang berlaku. Inspektor diraja ini diibarat sebagai pegawai khas dalam dinasti Joseon yang dilantik khas oleh raja. oleh pejabat publik. Drama ini dibintangi oleh Kim Myung Soo, Kwon Na Ra, Lee Te Hwan, dan Lee Yi Kyung.

Sung Yi Gyeom (Kim Myung Soo) seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Perpustakaan Hongmungwan. Dia  merupakan atara pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan terbaik namun malangnya telah didapati sedang berjudi dan sering mengunjungi rumah pelacuran. Sebagai hukuman, Sung Yi Gyeom telah dilantik menjadi inspektor diraja dan dibantu oleh Hong Da In. Sejak dari itu, Sung Yi Gyeom mula berubah sikap dan menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.

Kwon Nara berperanan sebagai Hong Da In, seorang damo (wanita yang bekerja di pejabat pemerintah Joseon/inspektor diraja) yang menyamar sebagai gisaeng (pelacur yang dilatih dalam bidang muzik dan seni). Hong Da In sebenarnya adalah anak perempuan bangsawan, tetapi menyembunyikan identiti sebenar kerana sejarah keluarganya yang tragis sejak kecil. Dia telah memilih untuk mendedikasikan hidupnya untuk mendapatkan keadilan.

Manakala Lee Tae Hwan memegang watak sebagai Sung Yi Bum, adik tiri kepada Sung Yi Kyum. Disebabkan ibunya bukan dari golongan bangsawan, ayahnya tidak mahu mengakui Sung Yi Bum sebagai anak kandung dan tidak berpeluang memiliki apa yang sepatutnya. Ini menyebabkan hubungannya dengan Sung Yi Kyum saling berantakan. Dia digambarkan seorang yang pendiam, serius dan perwatakan kasar. Namun, akan terlihat kesedihan dalam matanya dan akan membuatkan penonton ingin tahu tentang kisah misteri disebaliknya.

Lee Yi Kyung pula membawakan watak Park Choon Sam, yang telah berkhidmat dengan Sung Yi Kyum sejak usia mudanya selama lebih dari 10 tahun. Park Choon Sam sentiasa bersama dan membantu Sung Yi Kyum apabila diperlukan. Hubungan keduanya agak rapat memandangkan Park Choon Sam tidak mengetahui di mana keluarganya berada dan menganggap tuannya sebagai ahli keluarga. Park Choon Sam digambarkan seorang pemuda yang berhati suci dan mudah jatuh cinta.

‘Secret Royal Inspector’ diarahkan oleh PD Kim Jung Min, yang telah menghasilkan beberapa drama bertemakan sejarah seperti e “Queen: Love and War,” “Grand Prince,” “Gunman in Joseon,” “The Princess’s Man,” dan siri “Korean Ghost Stories”. Drama ini akan bersiaran dirangkaian KBS mulai 21 Disember depan dan mengisi slot tayangan drama Isnin-Selasa.

Extra

Day and Night / Awaken (tvN)

tvN “Awaken” berkisarkan tentang konspirasi di sebalik misteri yang berlaku pada hari ini yang berkaitan dengan rahsia yang berlaku pada 28 tahun lalu di suatu kawasan kampung yang cuba dipendam sehingga sekarang. Mereka memperolehi kepintaran melebihi kemampuan seorang bergelar manusia kerana menukarnya dengan perasaan emosi, menjadikan mereka manusia tak berperasaan. Akibatnya, mereka cuba mencari identiti masing-masing sebagai insan biasa kembali.

Nam Goong Min akan bertindak sebagai ketua detektif di bahagian siasatan jenayah Seoul Metropolitan, Do Jung Woo yang mempunyai latar belakang yang misteri. Dia juga mempunyai perwatakan yang sangat hebat dalam merungkai kes-kes jenayah. Seolhyun sebagai Gong Hye Won, agen FBI yang mempunyai  rupa yang cantik dan memiliki semangat kepolisian yang tinggi. Lee Shin Young pula akan melakonkan watak sebagai polis detektif di bawah arahan Do Jung Won bergelar sebagai ‘anjing buruan bergaya’, menjadi kegilaan gadis kerana ketampanannya.

Pasukan yang diketuai oleh Do Jung Won ini juga akan disertai oleh Lee Chung Ah, bekas ejen FBI yang kini seorang pakar profil jenayah, Jamie. Dia telah diambil sebagai anak angkat sehingga hampir tidak memiliki ingatan tentang kehidupan masa kecilnya. Dia kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan berantai yang berkaitan dengan ingatan yang hilang dari 28 tahun yang lalu.

Penonton dapat menyaksikan hubungan yang menarik antara Do Jung Woo, Gong Hye Won, dan Jamie. Walaupun Gong Hye Won mempunyai perasaan terhadap Do Jung Woo, namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.  Pada masa yang sama, ada hubungan yang tidak diketahui antara Do Jung Woo dan juga Jamie.

“Awaken” yang disutradarai Kim Jung Hyun dan ditulis Shin Yoo Dam ini akan mula tayang mulai 30 November ini menerusi rangkaian tvN bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys! Apapun, please wearing your mask especially in the public, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness)