Bitto UP10TION positif Covid-19

Salah seorang ahli UP10tion, Bitto didapati telah dijangkiti Covid-19 setelah menjalani ujian tempoh hari.

Berikutan pengumuman tersebut, krew-krew SBS ‘Inkigayo’ serta artis Kpop yang mempunyai kontak rapat dengannya perlu menjalani ujian Covid-19 dengan kadar segera. Ia termasuklah BTOB2U (Seo Eun-kwang, Lee Min-hyuk, Lee Chang-seop dan Peniel) yang pernah menghadiri SBS ‘Inkigayo’ baru-baru ini. UP10tion mempersembahkan lagu ‘Destiny’ di SBS Inkigayo semalam sempena mempromosikan album mini kesembilan, ‘Light Up’.

Ahli-ahli BTOB4U

“Salah seorang ahli UP10tion muncul di dalam ‘Inkigayo’ semalam, didapati positif Covid-19 pagi ini. Pihak produksi cuba mengenalpasti mana-mana krew atau artis yang pernah kontak rapat dengannya menerusi CCTV dan rakaman langsung. Kami harap pengurus (agensi) tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya tak membantu menyelesaikan situasi ini,” jelas jurucakap produksi SBS Inkigayo hari ini.

Bitto cepat-cepat melaksanakan kuarantin wajib berkuat-kuasa hari ini, manakala rakan-rakannya daripada UP10tion (kecuali Lee Jin Hyuk dan Kim Woo Seok yang tidak lagi aktif bersama UP10tion) sudah pastinya menjalani ujian Covid-19 sekali lagi.

Sumber:

loading...