/Pelakon lagenda Korea, Hwang Jung Min akan bintangi drama semula, jtbc Hush selepas 8 tahun

Pelakon lagenda Korea, Hwang Jung Min akan bintangi drama semula, jtbc Hush selepas 8 tahun

Hwang Jung Min, pelakon bergred A di dalam industri perfileman Korea, akan membuat kemunculan semula di dalam drama terbaru jtbc, “Hush” selepas lapan tahun. Kali terakhir drama lakonannya ialah TV Chosun Korean Peninsular.

Hwang Jung Min akan melakonkan watak Han Joon Hyuk, seorang wartawan veteran yang memilih kerjaya ini kerana mahu berbuat sesuatu lebih daripada kemampuannya. Beliau telah menimba pengalaman bekerja di beberapa buah syarikat penerbitan akhbar tetapi masih merasakan terdapat halangan di antara menegakkan keadilan dan realiti yang terpaksa dihadapi. jtbc Hush yang diadaptasikan daripada novel ‘Silence Warning’, akan mengupas kepayahan dialami oleh wartawan-wartawan yang terpaksa berhadapan dengan masalah dan etika tersendiri dalam menyampaikan berita-berita sensasi.

Hwang Jung Min juga pernah menerima tawaran membintangi drama yang bakal menggandingkan dirinya dengan Ha Jung Woo di bawah arahan sutradara filem “The Spy Gone North.” namun beliau belum lagi mengesahkannya. Antara filem lakonannya yang membuatkannya dikenali peminat ialah “Ode To My Father” dan “The Wailing”.

Sumber: sport khan , spottvnews

Komentar

comments

loading...