Ditanya tentang Lisa Blackpink, Gong Yoo sudah pun balas pinangannya dengan autograf

Baru-baru ini, Gong Yoo ditanya tentang Lisa Blackpink yang memilihnya sebagai jenis lelaki ideal kegemarannya (“ideal type”).

Dalam episod 251 jtbc Knowing Brothers itu, Lisa berkata, “Saya sukakan sangat cerita Goblin (tvN Goblin). Dan saya tengok balik cerita itu. Saya teramat suka pada oppa Gong Yoo. Impian saya nak bergambar disampingnya.”

“Sebab dia jenis lelaki yang saya nak. Dia tinggi,” tambahnya lagi.

Pada pagi 6 November 2020 tadi, sewaktu pelancaran program KBS ‘Live’, Gong Yoo membalas balik jawapan Lisa itu.

“Saya terbaca kat dalam artikel. Dia minta autograf, jadi saya bagi dia satu walaupun tak bersemuka dengannya depan-depan. Terima kasih Lisa kerana menonton dan suka pada hasil kerja saya,” balas Gong Yoo memberikan jawapannya.

Sumber: asiae co

loading...