Antara “Flicker” dan “Dive Into You”, siapa yang akan terus mara di ‘I-LAND’

Rancangan berkonsepkan realiti ‘survival’ “I-LAND” bahagian kedua untuk episode 3 akan bersiaran di tvN Asia pada petang ini (29 Ogos). Selepas Geonu disingkirkan minggu lepas, kini tinggal Heeseung, Sunoo, Daniel, Sunghoon, K, Jay, Jungwon, Jake, Ni-ki, Ta-ki, dan Hanbin yang akan bersaing bagi merebut pelang untuk debut bersama dalam sebuah kumpulan baru.

Selepas menamatkan misi “BTS test” minggu lepas di mana mereka telah mempersembahkan tiga buah lagu BTS iaitu “DNA”,”I Need You” dan “Fake Love”. Kini mereka ditugaskan untuk berdepan dengan “chemistry test”. Untuk tugasan terbaru, mereka akan mempersembahkan lagu baru yang dihasilkan bersama oleh Bang Si Hyuk. Dua unit dibentuk di mana lima orang akan membuat persembahan dengan lagu “Flicker” dan baki enam orang lagi diberikan lagu “Dive Into You.”

Telah diumumkan bahawa penyingkiran berikutnya akan ditentukan menerusi undian global 100 peratus. Namun begitu, pihak produser juga akan memilih peserta yang paling menyerlah sepanjang persembahan masing-masing.  I-LANDer yang berada ditempat pertama semasa penilaian prosuder akan memdapat kelebihan undian dua kali ganda sebelum ianya ditutup dalam tempoh 24 jam. Jadi tidak semestinya peserta ditempat  ke 11 akan pulang jika dia merupakan pilihan produser.

Disebabkan Heeseung telah memenangi tempat pertama dalam “BTS Test”, dia telah diberikan peluang untuk memilih lagu dan ahli kumpulannya. Menurut Heeseung, “Ini satu kelebihan besar bagi saya, namun boleh jadi satu beban juga. Dia telah memilih lagu  “Flicker” dan  Sunghoon, Jake, Jungwon, dan K sebagai ahli dalam unitnya. Manakala selebihnya (Jay, Sunoo, Daniel, Ni-Ki, TaKi dan Hanbin) akan membuat persembahan dengan lagu “Dive Into You”.

Spoiler Alert

Ketika mereka membuat persembahan untuk “chemistry test”, para produser termasuk Bang Si Hyuk, Son Sung Deuk, dan Pdogg memuji pasukan “Flicker”, dengan mengatakan kepada mereka bahawa penampilan serta persembahan mereka kelihatan sempurna. Bang Si Hyuk berkata, “Saya tidak pasti sama ada anda yang menghasilkannya atau orang lain, tetapi saya pernah mendengar bahawa anda turut dikenali sebagai  ‘Avengers.’ Saya rasa persembahan anda layak mendapat gelaran itu.”

Unit “Dive Into You” kemudian menunjukkan persembahan dengan penuh yakin dan bertenaga. Bang Si Hyuk berkata, “Saya dapat memberitahu bahawa anda semua melakukan yang terbaik semasa persembahan.” Son Sung Deuk mengatakan kepada mereka, “Pasukan ‘Dive Into You’ terlalu fokus pada peminat global, jadi anda lebih fokus pada diri sendiri dan sehingga mengabaikan kerja berpasukan.”

Apa yang mengejutkan, produser sebulat suara memilih Jake sebagai peserta paling menyerlah. Jake berkata,”Ini semua kerana pasukan ‘Flicker’. Terima kasih.” Tahniah diucapkan kepada Jake.

Peserta kedua yang akan tersingkir dari bahagian kedua “I-LAND” akan diumumkan dalam episod minggu depan. Jangan lupa untuk saksikan episode terbaru ‘I-LAND’ setiap Sabtu, jam 6 petang di tvN Asia, Astro Ch 395 dan Unifi TV Ch 211.

Sumber : OSEN, star.mk, tv report

loading...