Super M tumbangkan TWICE, SEVENTEEN, TXT & NCT, raih album terlaris minggu ini menurut Gaon

Super M mencatatkan kejayaan gemilang di negara kelahiran mereka sendiri, apabila menjuarai carta album Gaon buat pertama kali sejak ditubuhkan pada tahun 2019.

Super M melakukannya dengan album “Super One” yang terlebih dahulu berada di pasaran Amerika Syarikat sejak 26 September 2020 lalu manakala edisi Asia pula dikeluarkan semenjak 26 Oktober 2020 lalu. “Super One” dikatakan berjaya mencatatkan pembelian awal agak tinggi melebihi kadar sepatutnya meletakkan Super M ke hadapan mengatasi TWICE menerusi “Eyes Wide Open”, TXT menerusi “minisode1: Blue Hour”, NCT menerusi “Resonance Pt.1” dan SEVENTEEN menerusi “Semicolon”, yakni penyandang juara carta album Gaon minggu lepas.

Walaubagaimanapun, data perolehan album terlaris Gaon tersebut dikatakan bercanggah dengan bilangan sebenar perolehan album terkini yang dicapai oleh Super M di dalam seminggu iaitu sebanyak 38,182 unit saja menurut Hanteo, jauh di belakang “Eyes Wide Open” oleh TWICE dan “minisode1: Blue Hour” oleh TXT yang masing-masing dengan perolehan yang dicapai sebanyak 245,627 unit dan 303,190 unit di dalam seminggu. Susulan daripada itu, ia menimbulkan perdebatan di ruangan media sosial tentang siapakah di antara Super M dan TXT yang lebih wajar menerima pengiktirafan album terlaris berkenaan untuk minggu ini di Korea. 

“Eyes Wide Open” dan “minisode1: Blue Hour” dilancarkan pada minggu yang sama dengan “Super One” edisi Asia manakala “Resonance Pt.1” dan “Semicolon” berada di dalam carta album Gaon masing-masing sejak tiga dan dua minggu dilancarkan. 

One (Monster & Infinity) yang dipetik daripada album studio pertama mereka, “Super One” dijadikan sebagai single utama selepas “100” dan “Tiger Inside”. Dalam masa yang sama, empat ahli mereka iaitu Ten, Lucas, Mark dan Taeyong yang juga sedang bergiat aktif sebagai ahli NCT mempromosikan album “NCT 2020 Resonance Pt.1” di Korea, sempat menyelitkan masa terluang bersama dengan Super M.

Sebelum ini, Super M mencipta sejarah menjadi kumpulan kpop kedua mencapai no.1 di dalam carta album Billboard 200 membuktikan pengaruh mereka yang agak meluas di Amerika Syarikat dan kemudiannya meraih no.2 untuk “Super One” dengan jualan sekitar 101,000 unit pada minggu pertama di Amerika Syarikat.

Sumber: newsen

loading...