Lee Know Stray Kids terharu bila dikirimkan surat dari ‘adik angkat’ Muslim yang tinggal di Afrika

Disclaimer: Gambar di sebelah kanan adalah hiasan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan Lee Know.

Lee Know (atau nama sebenarnya Lee Minho) mendedahkan bahawa dia memiliki keluarga angkat yang tinggal di Ghana, Afrika dan kadangkala berhubung dengan mereka.

Dalam temuduga bersama majalah Vogue Korea, Lee Know berkata, “Ada seorang ini namanya Anas. Selalu dibiayai oleh UNICEF.”.

Memandangkan Lee Know menyertai program pembiayaan UNICEF itu ketika masih di sekolah menengah lagi, dia secara tak langsung telah membiayai separa kos sara hidup kanak-kanak tersebut. Pada suatu hari, Anas telah mengirimkan surat kepadanya sehingga membuatkannya dia berasa terharu dan ketawa seketika. Anas yang dikenalinya dulu kini sudah bersekolah dan pandai menulis.

“Adakalanya rasa macam diri ayah kepada seorang pula. Bangga kerana ada yang memiliki hidup yang lebih baik kerana saya. Untuk jadikan hidup Anas lebih baik, kekosongan jiwa saya akhirnya telah terisi. Satu hari nanti, saya akan bawa Anas ke konsert kami,” ujarnya dengan nada ketawa.

Dalam masa lapang pula, Lee Know mendedahkan dia suka berlatih meninju di samping memelihara tiga ekor kucing. Malah, dia juga tidak segan mengaku bahawa dia pandai memasak. ” ‘God Menu’ (merujuk lagu single terbaru Stray Kids) boleh diekspresikan macam dalam subjek memasak kerana bila kita saling berbincang muzik sesama ahli, kita akan dapat macam-macam idea,” katanya.

Sumber: vogue

loading...