NCT secara rasmi kini sebaris dengan Seventeen & BTS, meraih jualan album sedunia melebihi 1.12 juta unit di dalam seminggu

Image may contain: 24 people

Album studio kedua NCT berjudul NCT 2020 Resonance Pt. 1 telah berjaya meraih kutipan melebihi 1.12 juta unit di dalam seminggu di seluruh dunia, sekaligus melengkapkan status diri mereka sebagai ‘Jutawan Album Tersohor’, sebaris dengan Seventeen dan BTS.

Menurut data jualan album terkini, NCT telah berjaya memperolehi 815,628 unit di Korea menurut Hanteo setakat 18 Oktober selain 400,470 unit di luar negara termasuklah China dan Amerika Syarikat menjadikan jumlahnya melebihi 1.12 juta unit. Bagaimanapun, jumlah sebenar jualan album yang diraih oleh NCT di Korea dalam seminggu ialah sebanyak 644,711 unit saja tetapi masih mampu meletakkan diri mereka sebaris dengan Seventeen dan BTS untuk jualan perolehan album terbaik diperolehi di dalam seminggu di Korea.

Subunit NCT : NCT 127

Sebelum ini, NCT telah mencipta rekod tersendiri apabila memperolehi pembelian awal sebanyak 1.12 juta unit pada 11 Oktober 2020. Album NCT 2020 Resonance Pt. 1 mempunyai 13 buah lagu dengan ‘Make A Wish’ dijadikan sebagai single utama dan juga menyaksikan kesemua 23 ahli dari NCT 127, WayV, NCT Dream dan NCT U dihimpunkan bersama menyusul kejayaan album subunit NCT 127 seperti Neozone dan Neozone Final Round yang dikeluarkan pada pertengahan tahun dahulu. NCT 2020 Resonance Pt. 1 bakal disusuli dengan album NCT 2020 Resonance Pt. 2 yang dikeluarkan pada bulan November depan.

Sumber: hankookilbo

loading...