Gegap gempita bak satu auman suara, Super M kembali gegarkan industri kpop dengan Tiger Inside

Debaran kian ternoktah, Super M kembali menggegarkan industri kpop dengan single ke-2, Tiger Inside pula selepas 100. Kedua-dua single ini dikeluarkan lebih awal untuk tatapan peminat sebelum pelancaran album studio pertama kumpulan itu, Super One yang bakal menemui pasaran muzik seluruh dunia menjelang 25 September ini.

Tiger Inside membawa peminat menikmati sendiri bagaimana Super M menari mengikut rentak harimau. Ia sebuah lagu rentak pop mengingatkan pendengar kepada auman si harimau untuk membebaskan segala yang terpendam di dalam hati supaya dapat menangani kesempitan diri. Bagi mempromosikan Tiger Inside, Super M mendapatkan khidmat pelukis terkenal, Kim Jung Ki yang melakarkan potret Super M secara langsung.

Super M yang diketuai oleh Baekhyun EXO, banyak mengaktifkan promosi di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat bagi memperkenalkan diri mereka dalam kalangan anak-anak muda di sana bermula dengan lagu Jopping sehinggalah yang terkini, `100′. Album debut mereka berjaya mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan kpop ke-2 meraih no. 1 di dalam carta Billboard 200.

loading...