Kentaro Ito, pelakon Tokyo Love Story, ditangkap polis kerana langgar lari

Pelakon yang baru meningkat naik, Kentaro Ito, ditahan polis pada 29 Oktober 2020 kerana langgar lari sehingga mengakibatkan kecederaan kepada dua orang awam.

Menurut The Strait Times, pelakon berusia 23 tahun itu sedang memandu kereta sebelum merempuh penunggang motosikal di persimpangan berhampiran Stadium Negara Jepun pada jam 6 petang hari Rabu. Akibatnya, dua orang tercedera iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengalami luka di lengannya dan seorang perempuan berusia 27 tahun yang patah kakinya.

Kentaro Ito tidak berhenti untuk menawarkan pertolongan, sebaliknya beredar meninggalkan lokasi kejadian. Namun, sebaik saja dia dikejari oleh pemandu kereta dan dipujuk untuk kembali semula, dia pun membuat pengakuan di balai polis Harajuku. Polis bagaimanapun tidak menemui kesan alkohol di dalam darah milik Ito.

Akibat penangkapan Ito, agensinya, JNN News Network terus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua orang mangsa kemalangan tersebut.

Kentaro Ito memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2014 dan dikenali menerusi drama adaptasi moden, Tokyo Love Story.

Sumber: the strait times

loading...