“We Love You Chanyeol”dititip merata di ruang media sosial, menolak petisyen singkirkan Chanyeol dari EXO

Polemik tentang Chanyeol tampaknya belum lagi kesudahan apabila sebilangan peminat pula mengemukakan petisyen di dalam laman komuniti forum ‘DC Inside untuk menyingkirkan Chanyeol daripada EXO.

Petisyen berkenaan dibuat memandangkan SM Entertainment tidak memberikan jawapan langsung tentang kontroversi yang berkait dengan Chanyeol itu. “Disebabkan Chanyeol juga hanya diam membisu, maka peminat bersetuju untuk menyingkirkannya dari kumpulan dan tak boleh lagi menerimanya….Kami mahu Chanyeol dikeluarkan dari EXO serta-merta,” kata mereka dalam satu kenyataan ringkas.

Rentetan daripada itu, peminat di seluruh pelusuk dunia menitipkan #WeLoveYouChanyeol di ruang media sosial bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap Chanyeol dan juga Baekhyun, yang tampil mempertahankan Chanyeol pada hari ini.

Chanyeol sebelum ini didakwa oleh seorang netizen telah mencuranginya kerana berfoya-foya dengan ramai teman wanita. Sehari kemudian, netizen itu telah pun memadamkan kenyataan kontroversinya itu. Namun, kenyataannya masih tertular di ruang media sosial sehingga diperdebatkan kesahihannya berikutan tiada penjelasan memuaskan diberikan baik daripada pihak SM Entertainment mahupun Chanyeol sendiri.

Sumber: sports khan

loading...