Di balik riuh rendah malam Halloween, ATEEZ tiba dengan persembahan menyeramkan!

ATEEZ mengeluarkan video persembahan ‘Black Cat’ versi Halloween untuk tatapan peminat ATINY.

Video muzik itu bermula dengan ATEEZ berjalan menghampiri skrin sambil memakai jubah berwarna hitam kusam dengan deretan pusara di belakang mereka. Disadurkan dengan muzik heavy metal serta diiringi dengan bunyi akordion gereja, lagu ‘Black Cat’ ini kedengaran agak menyeramkan dan bersesuaian dengan tema Halloween.

Baca lagi: Gerun bila melihat pencapaian ATEEZ sekarang, mengingatkan netizen pada kejayaan BTS satu ketika dulu

Ini bukan kali pertama ATEEZ membuat persembahan memukau sempena hari Halloween. Sebelum ini, ATEEZ pernah membuat persembahan hiburan jalanan (‘busking’) di stesen subway Gangnam dengan menggayakan pelbagai mekap dan kostum. Pada tahun 2019, ATEEZ juga telah menghiburkan peminat ATINY dengan berbagai-bagai gaya mekap ‘Halloween’ masing-masing.

Sebaik saja dilancarkan, ‘The Black Cat Nero’ menjadi sohor kini di ruang media sosial dan dihargai ramai peminat kpop di serata dunia.

Sumber: nbnews

loading...