CL (atau nama sebenarnya Lee Chae Rin) memuji pencapaian dibuat oleh artis Kpop senegaranya, BTS dalam melangkaui sempadan Kpop yang tidak mampu dilakukan olehnya sebelum ini.
Ditanya di dalam sidang media untuk mempromosikan lagu-lagu terbaru termasuklah ‘+5 STAR+’, CL berkata, “BTS memang hebat. Saya rasa mereka sudah buat yang terbaik.”
CT diiktiraf sebagai artis solo Kpop perempuan pertama yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan menduduki posisi no. 94 di dalam carta Billboard Hot 100 menerusi single solo yang dikeluarkan pada tahun 2016 iaitu “Lifted”. CL juga turut mencatatkan kejayaan di posisi 97 melalui single duet bersama Psy, “Daddy” sebelum itu. Beberapa tahun selepas itu pula, Blankpink dan BTS masing-masing berjaya meletakkan pencapaian tertinggi di dalam carta Billboard berkenaan dengan beberapa buah single telah dikeluarkan oleh mereka. Akhirnya, BTS mencipta sejarah sebagai artis Kpop pertama mencapai no.1 di dalam carta Billboard Hot 100 menerusi Dynamite pada tahun 2020.
Berikutan pencapaian oleh BTS itu, CL berkata, ” Saya begitu gembira bila ternampak pencapaian BTS itu. Tak pernah lagi ada penyanyi Asia dalam memori saya pernah berbuat demikian. Selama ini kami sepatutnya terjemahkan budaya sendiri, tapi kami cuma meniru budaya orang lain. Saya fikir kalaulah ada seseorang boleh mewakili kami. Sebab itulah saya cuba aktiviti di luar negara dan akhirnya, Asia dan Korea sudah mula bercambah populariti. Inilah Kpop, dan ia telah mengaburi sempadan pop. Bukan saja kerana Kpop, tapi kepada muzik pop itu sendiri”.
Sejak keluar daripada 2NE1 dan tidak lagi bersama dengan YG Entertainment, CL bergerak secara solo mempromosikan aktiviti nyanyiannya sendiri. “Kami cuba bantu-membantu sesama sendiri ketika buat aktiviti solo. Saya dapat rasakan mereka juga bersama dengan saya, maka sebab itu saya makin kuat,” katanya apabila ditanya tentang hubungannya dengan Park Bom, Sandara Park dan Minzy.
CL dijangka akan mengeluarkan album solo, +ALPHA+ menjelang 20 November 2020 ini.
Sumber: mydaily, spottvnews