Chanyeol EXO didakwa seorang netizen berfoya-foya dengan ramai teman wanita? Rose Blackpink pula dituduh salah seorang

Image may contain: 5 people, text that says 'FAKE REAL'

Chanyeol EXO didakwa telah mencurangi seorang netizen yang mengakui dirinya sebagai teman wanita Chanyeol selama tiga tahun, menurut satu pendedahan dibuat di dalam laman komuniti forum di 28 Oktober 2020 semalam.

Netizen itu mendakwa dirinya sangat kecewa apabila mengetahui Chanyeol telah meniduri perempuan lain ketika dia sedang tidur keseorangan. “Ada macam-macam perempuan termasuklah ahli kumpulan kpop, penstrim Youtube, pramugari dan lain-lain lagi. Adakah kau sedang berseronok. Semua orang berdekatan kau tahu betapa kotornya kau kecuali aku,” tulisnya.

“..Aku akan berjenaka betul-betul kalau kau nak sangat curangi aku. Jangan sampai aku dapat tahu. Tapi kau telah tipu aku banyak kali. Aku dengar ada 10 dan ramai lagi, C.yeol. Kalau kau manusia, kau takkan buat macam itu. Selepas dua hari saja kita berpisah, kau telefon dan aku cerita segalanya apa yang aku dengar, tapi kau buat bodoh saja. Aku bagitahu kau nama-nama perempuan yang tidur dengan kau, kau senyap dalam tiga saat saja dan cakap, ‘Siapa dia?’. Sungguh terkejut aku. Tapi kau tau tak? Aku rekod sebagai mereka yang teraniaya ini nak tau apa alasan kau. Nak tau apa yang kelakar? Kau tak pernah nafikan nama-nama wanita yang aku cakap pernah meniduri kau itu,” tambahnya lagi.

Netizen tersebut turut menyertakan beberapa foto yang dihitamkan sebagai bukti sokongan dia pernah mendampingi Chanyeol sebelum ini.

SM Entertainment ketika dihubungi sebentar tadi tidak mahu mengulas lanjut mengenainya. “Tiada kenyataan pasal ketegasan kami mengenainya,” kata jurucakap agensi itu.

Gambar Chanyeol & Rose keluar bersama yang dibuktikan palsu kerana telah diubahsuai. Cr. Jazmine media.

Berikutan pendedahan netizen tersebut yang menyatakan teman wanita Chanyeol itu adalah termasuk ahli kumpulan kpop sekali, sebilangan netizen menamakan Rose Blackpink sebagai salah seorangnya. Gambar Chanyeol dan Rose sedang keluar bersama berlatarbelakangkan logo Dispatch dikongsikan merata-rata di ruang komuniti forum walaupun gambar itu terbukti palsu kerana telah diubahsuai sepenuhnya.

Sumber: hankyung, money today, mydaily , Jazmine media

loading...