Sejarah tercipta, BTS artis kelahiran Korea pertama raih kejayaan tertinggi di dalam Billboard Hot 100

Dynamite, lagu berbahasa Inggeris dipetik daripada album terbaru BTS, menjadi single paling laris untuk minggu ini di Amerika Syarikat dengan penstriman tertinggi sebanyak 33.9 juta dan 300,000 muatturun menyebabkan Dynamite menguasai kedua-dua carta penstriman serta carta jualan digital, vinyl & physical.

Jumlah jualan digital sebanyak 265,000 unit juga paling terbaik di Amerika Syarikat sejak rekod yang pernah disandang oleh Taylor Swift menerusi Love What You Made We Do pada tahun 2017 dengan 353,000 unit dicatatkan. BTS turut merekodkan bilangan putaran radio sebanyak 11.6 juta kali, sekaligus merekodkan kejayaan berganda diraih oleh kumpulan itu untuk carta airplays di Amerika Syarikat yang sebelum ini sangat sukar untuk ditembusi.

Dynamite merupakan lagu ke-4 BTS yang berjaya meraih top 10 di dalam Billboard Hot 100 selepas Boy With Luv ft. Halsey, On, dan Fake Love selain turut meleburkan rekod tertinggi di Billboard Hot 100 yang pernah dipegang oleh PSY – Gangnam Styles di posisi no. 2 sebelum ini.

Tahniah diucapkan! P/s: BTS juga telah menyapu bersih 4 trofi yang dicalonkan di dalam 2020 VMA Awards : Best Pop, Best Choreography, Best Kpop and Best Group, sekaligus melakar sejarah artis Korea pertama memenangi anugerah Best Pop Video.

 

loading...