ATEEZ menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak dalam kejayaan mereka menembusi pasaran muzik Kpop yang dilakukan oleh mereka dalam tempoh dua tahun saja.
Walaupun bermula perlahan, jualan album terbaru mereka telah melonjak naik ke paras 371% daripada 62,833 unit diraih menerusi kepada ‘TREASURE EPILOGUE: Action To Answer’ kepada 380,000 unit diraih menerusi album mini ke-5, ‘ZERO: FEVER part.1’ berdasarkan data Hanteo. Jualan ini tak termasuk pencapaian jualan album yang diraih di luar negara. Dalam kalangan kumpulan kpop ‘rookie’ dengan album terlaris di dalam seminggu menurut Hanteo, ATEEZ menduduki tempat pertama mendahului Stray Kids, TXT dan TREASURE dengan catatan sebanyak 233,399 unit. Malah dengan pencapaian ini, ATEEZ melakarkan sejarah tersendiri dengan menduduki tempat pertama di dalam carta Gaon baru-baru ini selain menduduki tempat keenam kumpulan kpop paling didambai peminat selepas BTS, EXO, NCT 127, SEVENTEEN dan iKON menurut carta Sosial Gaon.
Peningkatan yang sama juga dapat dilihat menerusi pencapaian di Youtube. MV Pirate King dan Treasure yang memerlukan masa lima bulan untuk mencapai 5 juta tontonan dipecahkan dengan MV ‘Inception’ kemudiannya yang berjaya mencapai 5 juta tontonan dalam masa 7 jam saja, sekaligus menunjukkan peningkatan berganda sebanyak 514 kali. MV ‘Inception’ berjaya merekodkan jumlah tontonan sebanyak 10 juta dalam 23 jam.
Sebilangan netizen membandingkan pencapaian ATEEZ ini dengan kejayaan BTS sewaktu mula mengorak langkah menembusi pasaran muzik antarabangsa. Seperti juga BTS, ATEEZ mempunyai sokongan besar daripada peminat mereka, Atinity khasnya dari luar negara.
Bagi tidak menghampakan perminatnya, ATEEZ akan mengadakan konsert solo atas talian, ‘ATEEZ 2ND ANNIVERSARY CONCERT: PORT OF CALL’ pada 24 Oktober 2020 bagi menyambut ulang tahun mereka di dalam industri seni selama dua tahun.
Sumber: hankyung