ATEEZ tundukkan EXO-SC (Chanyeol & Sehun), Red Velvet (Irene & Seulgi) serta Yoon Doo Joon HIGHLIGHT raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 12 people, child

ATEEZ mencipta kegemilangan berterusan menerusi penjualan album terlaris di dalam seminggu di Korea pula selepas kejayaan meraih pembelian awal melebihi 250k unit sebelum ini.

Album ‘ZERO: FEVER Part.1’ telah berjaya memperolehi jualan sebanyak 233,399 unit di dalam seminggu sekaligus mengenepikan EXO-SC (Chanyeol & Sehun), subunit Red Velvet (Irene & Seulgi) serta Yoon Doo Joon HIGHLIGHT yang masing-masing berada di kedudukan no.2, no.3, no. 4 di dalam carta album Gaon. Pencapaian ini juga merupakan lonjakan berganda daripada perolehan dibuat oleh album terdahulu, Treasure Epilogue: Action to Answer dengan jualan sekitar 63,833 unit di dalam seminggu.

Bercakap tentang kejayaan awal ‘ZERO: FEVER Part.1’, Yunho meletakkan penghargaan sepenuhnya kepada sokongan padu oleh peminat mereka. “Terima kasih pada ATINY. Ianya tak berhenti di sini saja, malah menjadi batu loncatan untuk kami kejar-mengejar bersama mereka dan membuatkan kami sentiasa berasa syukur,” katanya. Album ‘ZERO: FEVER Part.1’ melahirkan single ‘Inception’ buat tatapan peminat.

Baca lagi:

Sementara itu, EXO-SC yang dipelopori oleh dua orang jejaka muda daripada kumpulan EXO, Chanyeol dan Sehun, tetap membuktikan penguasaannya di dalam carta album Gaon menerusi album duet 1 Billion Views selama hampir sebulan sejak pelancarannya. Album 1 Billion Views telah berjaya memperolehi jualan sebanyak 412,588 unit di dalam seminggu, dan telah pun mencecah setengah juta unit jualan terkumpulnya setakat ini. Manakala, Yoon Doo Joon yang kembali dengan album solo terbaru, ‘Daybreak’ pertama kali sejak 14 tahun, berjaya mendapatkan jualan albumnya sekitar 25k unit di dalam seminggu, akhirnya meletakkannya di tangga ke-4 di dalam carta album Gaon pada minggu ini.

Sumber: Gaon, Hanteo

loading...