Bukan sekadar ‘semicolon’, tetapi ‘home-run’ terus – SEVENTEEN

Image may contain: 12 people, people sitting

Sidang media pelancaran album terbaru SEVENTEEN, ‘Semicolon’  berlangsung hari ini sempena promosi album berkenaan.

‘Semicolon’ merupakan album istimewa dikeluarkan menyusul album EP sebelumnya, ‘Henggarae’ yang telah berjaya meletakkan SEVENTEEN sebagai ‘Jutawan Album Tersohor’ dengan perolehan melebihi 1 juta unit. Lebih menarik lagi, album ‘Semicolon’ telah mencatat pembelian awal sebanyak 1.10 juta unit sejak dibuka pada 5 Oktober lepas. Sebetulnya ia berlaku diluar jangkaan Pledis Entertainment yang kini di bawah naungan Big Hit Entertainment apabila ‘Semicolon’ telah jauh mengatasi  jualan album SEVENTEEN pada pertengahan tahun ini.

Bercakap tentang ‘Semicolon’ , setiap ahli SEVENTEEN meluahkan sisi pandangan mereka. “2 juta unit? Kalau kalian tak pernah jangka ia berlaku, itu tipu belaka. Kekuatan muzik itu terlalu besar walaupun saya tahu Seventeen punyai pengaruh tersendiri,” kata Mingyu. “Bila kau sumbangkan sesuatu untuk album ini, kau akan rasa diri dihargai bukan sekadar nombor saja,” kata Wonwoo pula.

“Pada mulanya, kami meletakkan tanda aras kejayaan berdasarkan gred dan saiz tempat kami persembahkan. Tapi sekarang ini, sokongan peminat dan membalas kasih sayang mereka itu juga satu kejayaan,” sambung Seungkwan pula.

Menjelaskan maksud sebenar tajuk album kali ini, Vernon berkata, “Tanda baca untuk menghentikan sebuah ayat dan kemudian menyambungnya ialah ‘semicolon’. Ia bermaksud saya mahu berehat sekejap untuk kemudiannya menyampaikan sokongan padu pada mereka yang muda.” ‘Semicolon’ mengandungi ‘Home Run’ sebagai single utama selain ‘Doremi’, ‘Hey Buddy’ , ‘Light A Flame’, dan ‘Ah! Love’ yang sesuai untuk mereka yang berjiwa muda. Runut lagu ‘All My Love’ pula membuatkan anda melupakan kerja keras anda lakukan dalam seharian.  “Saya tidak hasilkanya sebagai satu unit, maka saya begitu ingin tahu apa anggapan Carats mengenainya,” kata Jun mengulas tentang salah satu lagunya. “Saya dapat rasakan seluruh Seventeen bagaikan dipukau,” sampuk Dino pula.

Woozi yang bertanggungjawab dalam penghasilan muzik Seventeen berkata, “Saya dapat inspirasi muzik dalam kehidupan harian kerana kebiasaan saya untuk sentiasa mencatit nota. Saya rasa muzik ini dapat dihubungkan sesama insan kerana idea diperolehi daripada berbagai-bagai cara dalam kehidupan harian. Namun, yang menjadikan ia dapat direalisasikan adalah ‘Carats’. Muzik yang dibawa oleh kami, 13 orang ahli ini,sudah semakin berkembang dan sedalam-dalamnya.”

Hoshi yang memuji kehebatan Woozi menghasilkan muzik pula berkata, “Bila kami cuba menghasilkan album ini, kami cuba buat bermula dengan setiap unit, dengan Woozi yang bekerja keras sepenuh masa. Kumpulan kami dapat bergerak dengan enjin daripada Woozi.”

“Homerun” merupakan single utama daripada album ini, diambil daripada kata-kata diungkapkan ketika menyaksikan permainan besbol. Seventeen mengabdikan maksud ‘Homerun’ ini sebagai sokongan buat mereka yang sedang bersusah-payah. “Walaupun kamu mengenakan pakaian yang sama, tapi ia bergantung pada siapa yang memakainya. Setelah mendengar lagu kami, ramai muda-mudi akan berasa empati dan akhirnya bersimpati sesama sendiri. Sebab itu, uniknya retro ini,” kata Seungkwan.

Dogyeom berkata, “Kesemua ahli sudah memiliki tanggungjawa sendiri ketika berada di atas pentas. Kami sudah semakin matang. Kami berharap ramai dapat mengecapi kebahagian menyaksikan pentas ‘Homerun’ nanti.” Manakala, The8 dan Jeonghan masing-masing menelah, “Apa yang kamu bayangkan sebenarnya lebih daripada itu. Kami berbangga dengan pentas kami”, dan berkata, “Saya mahu berikan ruang buat jiwa muda ini bernafas. Objektif utama ialah memberikan masa buat pemuda-pemudi untuk berehat juga.”

Bercakap tentang bagaimana mereka menyatukan perbezaan pendapat antara ahli, Hoshi berkata, “Seventeen saling memahami antara satu sama lain dan cuba selesaikan konflik menerusi dialog. Jika ada berlaku konflik, dia akan cuba mewujudkan suasana kimia antara mereka. Daripada hubungan kimia ini, 13 orang ahli dapat disatukan.”

Seventeen diiktiraf sebagai antara kumpulan kpop ketiga paling cepat meraih jualan satu album terbanyak melebih 1 juta unit selain BTS dan EXO. Menyedari kehebatan populariti Kpop di serantau dunia, Joshua berkata, “Apabila kami merantau di Amerika Syarikat pada awal tahun ini. Kami disanjung dengan begitu hebat sekali. Saya benar-benar mahu bersemuka dengan Carats secepat mungkin.” Hakikatnya, konsert jelajah Seventeen di seluruh dunia telah beberapa kali dibatalkan kerana pandemik Covid-19.  “Saya harap mereka dapat terhibur menyaksikan kami beraksi di atas pentas,” kata The8 pula.

Video klip ‘Homerun’ dapat disaksikan menerusi Youtube bermula jam 5 petang hari ini.

Sumber: spottvnews

loading...