BTS ungguli 5 artis kpop dengan jualan albumnya paling laris melebihi 1 juta unit untuk pertengahan tahun 2020

Image may contain: 34 people

BTS secara rasmi telah mendahului jualan album paling laris di dalam seminggu untuk pertengahan tahun 2020 ini , menurut data dikeluarkan Gaon.

Berdasarkan perkiraan dibuat terhadap seluruh kumpulan kpop yang pernah mengeluarkan album pada pertengahan tahun 2020 (Jan-Jun 2020) ini, BTS memperolehi jualan 4.95 juta unit menerusi Map of The Soul : 7 dan gabungan album terdahulu, menganjakkannya jauh ke hadapan lebih 3 kali ganda daripada pesaing-pesaingnya yang terdekat terutamanya NCT 127 dengan dua buah album berlainan versi, Neo Zone dan Neo Zone: The Final Round dikeluarkan selang beberapa bulan kemudian.

Manakala di tempat tiga pula disusuli oleh SEVENTEEN dengan perolehan jualan satu album saja sudah pun mencecah 1.24 juta unit sekaligus merekod sejarah sebagai kumpulan kpop ketiga selepas BTS dan EXO berjaya berbuat demikian untuk pencapaian terbaik sepanjang dua dekad.

IZ*One menjadi satu-satunya kumpulan kpop wanita yang paling tinggi jualan album sepanjang pertengahan tahun 2020 dengan jumlah sebanyak 1.045 juta unit berpandukan kepada dua buah album, Bloom*Iz dan OneIric Diary yang dikeluarkan selang empat bulan. Baekhyun pula menjadi satu-satunya artis solo yang tersenarai dan melakarkan rekod sedemikian.

Mari kita lihat senarai-senarainya di bawah:

1. BTS – Map of The Soul: 7 (4.3 juta unit)+ ?? =4.95 juta unit

2. NCT 127 – Neo ZoneNeo Zone: The Final Round (1.40 juta unit)

3. SEVENTEEN – Henggarae (1.24 juta unit) +?? = 1.37 juta unit

4. IZ*ONE – Bloom*Iz & OneIric Diary   (1.045 juta unit)

5. Baekhyun EXO – Delight (1.041 juta unit)

loading...