Pemilihan pelakon ‘Youth’ untuk projek drama BTS selesai; Seo Young Joo, Seo Ji Hoon & Jeon Jin Soo bakal dihimpunkan bersama

Image may contain: 14 people, child and closeup

Pemilihan pelakon utama untuk projek drama biografi kumpulan kpop tersohor, BTS berjudul ‘Youth’ bolehlah dianggap sudah selesai.

‘Youth’ bakal mendapat PD Kim Jae Hong sebagai pengarahnya yang mempunyai pengalaman mengemudi drama jtbc Blooded Palace : The War of Flowers bersama-sama No Jong Chan. Ia juga akan dinukilkan oleh penulis skrip Kim So Jin (“MBC Weightlifting Kim Bok Joo”,“jtbc Light In Your Eyes”,”KBS Mad Dog”,”jtbc Awl”). ‘Youth’ berkisarkan tentang bagaimana tujuh orang anak muda yang asalnya hidup terumbang-ambing berjaya menjadi mereka yang sangat dihargai kerana simpati yang ditonjolkan dan rahsia yang dipegang tersendiri. ‘Youth’ mengukir perjalanan tujuh anak muda: Jeon Jungkook, Kim Seok Jin, Jung Ho Seok, Min Yoongi, Kim Namjoon, Park Jimin dan Kim Taehyung sewaktu dalam proses menghasilkan album EP ketiga mereka, The Most Beautiful Moment in Life, Pt. 1.

Jeon Jin Seo bakal melakonkan watak Jeon Jungkook, ahli termuda BTS yang begitu teruja ingin tahu tentang kewujudan dirinya. Jungkook tidak dapat mengecapi kebahagiaan kerana keadaan keluarganya yang tidak stabil menyebabkan dirinya merasakan tiada bedanya antara hidup dan mati. Jeon Jin Seo berlakon sebagai Lee Joon Young di dalam drama popular, jtbc The World of the Married.

Seo Ji Hoon akan membawakan watak Kim Seok Jin, ahli tertua BTS yang terperangkap di dalam bayangan ayahnya sebagai pegawai kerajaan di pejabat Dewan Rakyat Korea. Walaupun memiliki paras rupa yang sangat menawan, Seokjin mengaku begitu sukar untuk meluahkan emosi dirinya. Dilema untuk hidup berpandukan halatuju ditetapkan ayahnya, Seokjin mahu melakukan apa yang diimpikannya selama ini. Seo Ji Hoon dikenali menerusi drama-drama seperti jtbc Flower Crew: Joseon Marriage Agency, tvN Mama Fairy and Woodcutter dan KBS Welcome.

Ahn Ji Ho pula sebagai Jung Ho Seok (Jhope), seorang remaja lelaki yang sangai pandai menari dengan pemikiran positif. Walaupun pernah ditinggalkan keseorangan di dalam taman permainan sejak kecil, Hoseok tetap mempamerkan aura yang positif berbanding yang lain. Ahn Ji Ho pernah berlakon di dalam drama SBS Nobody Knows.

Manakala No Jong Hyun pula memikul watak Min Yoongi (Suga), seorang remaja lelaki dengan latar belakang meragukan. Khabar angin mengatakan Yoongi pernah membunuh ibunya sendiri dengan melakukan pembakaran rumahnya secara sengaja tetapi rupanya ia palsu semata-mata setelah menyedari Yoongi sebenarnya tampak dingin di luarannya tetapi sebenarnya seorang baik hati. Luka hatinya mulai pulih setelah menemui Jungkook. No Jong Hyun pernah membintangi drama tvN Because This Is My First Life dan MBC Kkondae Intern.

Watak Kim Namjoon (Rap Monster) pula bakal dipegang oleh Seo Young Joo, pelakon muda yang sangat berbakat dan membina pengalaman berharga menerusi filem Juvenile Offender, Moebius dan Age of Shadows. Kim Nam Joon ditakrifkan sebagai yang begitu matang kerana memahami realiti hidup sukar berbanding yang lain dan juga yang sangat bertanggungjawab kerana sanggup melakukan apa-apa saja kerja separuh masa diberikan padanya.

Kim Yoon Woo akan memikul watak Park Jimin, seorang remaja lelaki yang memiliki rahsianya tersendiri di sebalik senyuman yang dilemparkan. Perlindungan berlebihan diberikan keluarga terhadap dirinya menyebabkan Jimin menghadapi trauma dan seringkali berhadapan dengan krisis identiti.

Akhir sekali, Jung Woo Jin akan memegang watak Kim Taehyung (V), yang menderita hidupnya sejak kecil akibat ayahnya, seorang kaki tunggang arak. Taehyung berharap ibunya yang melarikan diri sekian lama dulu, dapat kembali semula melihat perubahan terkini ayahnya. Jung Woo Jin pernah berlakon di dalam drama web berjudul “Someday”.

Krew produksi yang ditemubual berkata, “Ia sebuah projek drama yang memaparkan realiti hidup sebenar tujuh anak muda dari BTS, dan dalam masa sama menonjolkan psikologi yang merumitkan di antara mereka. Memahami perwatakan, kemahiran lakonan serta kimia antara pelakon sangat penting untuk memaksimakan keunikan setiap watak tersebut. Jangan lupa untuk melihat sinergi daripada mereka yang cuba melengkapkan pandangan universal terhadap BTS.”

Drama ‘Youth’ bakal menemui penonton pada seawal-awalnya pada tahun hadapan.

Sumber: nocutnews

loading...