Timur & Barat digabung menjadi satu, SuperM bakal serbu “The Ellen DeGeneres Show” untuk jelajah album sulung

Kumpulan sensasi SuperM bakal muncul di program bual bicara terkenal “The Ellen DeGeneres Show”!

Berita mengenai kemunculan mereka telah dimaklumkan melalui akaun rasmi instagram mereka iaitu “SuperM” pada 2 oktober 2019. Mereka akan muncul di dalam program tersebut pada 9 Oktober 2019 nanti. Sementara itu, SuperM sedang dalam persiapan untuk ‘debut’ dengan album sulung pertama mereka, “Super M” pada 4 Oktober nanti. Album tersebut memuatkan single utama ‘Jopping’ selain beberapa lagu seperti ‘I Can’t Stand The Rain’, ‘2 Fast’, ‘Super Car’ dan ‘No Manners’.

Ramai peminat yang teruja dengan kumpulan SuperM kerana mempunyai anggota daripada 3 kumpulan berbeza di bawah syarikat yang sama iaitu Taeyong dan Mark daripada kumpulan NCT27, serta Lucas, dan Ten daripada kumpulan Way V, yakni kempat-empat ahli tersebut merupakan subunit kepada NCT. Selain daripada itu, Baekhyun dan Kai daripada kumpulan EXO dan akhir sekali, Taemin daripada kumpulan SHINEE juga mengisi tiga lagi keanggotaan dengan Baekhyun dijadikan ketua kumpulan SuperM secara rasmi.

Dalam sidang media sebentar tadi pada 2 Oktober 2019, pengerusi SM Entertainment, Lee Soo Man yang memilih sendiri ketujuh-tujuh ahli tersebut, berazam untuk menjadikan SuperM sebagai budaya utopia di mana timur dan barat yang bertembung dihimpunkan menjadi satu. Bercakap tentang album terbaru, Baekhyun mahu menonjolkan sinerginya menerusi perwatakan individu dan kekuatan luar biasa mereka manakala Taeyong pula mencelah dengan mengatakan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut menonjolkan kreativiti ahli-ahli Super M. Baekhyun kemudian menambah, “Kekuatan untuk mewujudkan sifat ingin tahu tentang apa tujuh orang ini mampu lakukan adalah dengan menggabungkan pengalaman kami bersama ke dalam satu berpandukan kemahiran dan personaliti yang ada pada diri masing-masing.”

‘Jopping’ akan dilancarkan pada 5 Oktober esok sebaik saja mereka mengadakan persembahan nyanyian ‘SuperM: Live From Capitol Records in Hollywood’ bertempat di Los Angeles, Amerika Syarikat, dan disusuli dengan kemunculan di dalam program  “The Ellen DeGeneres Show”!.

Sumber: IS Plus , twitter rasmi Super M

Artikel ditulis sepenuhnya oleh hidayah dan daus bersama.

loading...