Mengaku tengah ‘kekeringan’, Park Yoo Chun tak mampu bayar duit pampasan bekas mangsa rogol sejak setahun lalu

Park Yoo Chun didakwa sengaja tidak membayar pampasan terhadap mangsa rogol berhubung tuntutan mahkamah dibuatkan keatasnya berjumlah 50 juta won.

Menurut kenyataan rasmi daripada peguam mangsa, Park Yoo Chun dikehendaki membayar baki pampasan sebanyak 56 juta won termasuk bunga sebanyak 12% yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada 1 September 2019. Park Yoo Chun tidak membayar langsung pampasan berkenaan sejak setahun lalu. Sekiranya Park Yoo Chun gagal berbuat demikian, beliau akan berhadap dengan saman sekali lagi daripada mangsa.

Kes tuntutan mahkamah berkenaan adalah berkait dengan tuduhan rogol yang menyebelahi salah seorang mangsa yang memfailkannya pada dua tahun lepas oleh seseorang dikenali media sebagai “S”. Park Yoo Chun telah disaman sebanyak 100 juta won (sekitar RM 360,000) dan sebuah apartment miliknya sebagai jaminan oleh “S”. Meskipun mahkamah membebaskan Park Yoo Chun daripada tuduhan merogol “S” dan beberapa wanita lain, mahkamah masih membenarkan saman dibuat oleh “S” pada 12 Mac 2019 untuk dibicarakan. Akhirnya, Park Yoo Chun diminta untuk membayar pampasan sebanyak 50 juta won dalam rundingan bersama mangsa.

Dalam kenyataan balas kemudian, Park Yoo Chun mengaku tengah “kekeringan” duit dengan akuan banknya berbaki 1 juta won saja. Ironinya, Park Yoo Chun masih aktif menjalankan jelajah promosi antaranya, menghadiri majlis amal bertempat di Bangkok pada 26 September 2020 menyebabkan beliau sepatutnya tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

Dalam kes mahkamah yang berbeda pula, Park Yoo Chun juga telah dijatuhkan hukuman pergantungan hukuman 10 bulan penjara dan denda sebanyak 1.4 juta won (~RM4800) selama 2 tahun oleh mahkamah pada 2 Julai 2019 di atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu (methamphetamine). Park Yoo Chun mengambil keputusan untuk bersara sewaktu kes berkenaan dibicarakan di mahkamah, namun menarik balik keputusan berkenaan tidak lama kemudian.

Sumber: joins, star news

loading...