Choi Yoojung WekiMeki meluahkan rasa terujanya terhadap gambar-gambar terbaru Cha Eun Woo ASTRO yang dikongsikan oleh Fantagio menerusi instagram rasmi agensi itu.
Choi Yoojung menulis di komentar di bawah hantaran instagram tersebut berbunyi, “Saya mahu tinggal bersama dengan muka abang untuk sehari saja. Saya tak boleh buat kerja kerana asyik melihat cermin hari-hari.”
Usikan nakal yang dibuat oleh Choi Yoojung itu menimbulkan kecemburuan buat sebilangan netizen kerana tidak menyangka hubungan kedua-dua artis di bawah agensi yang sama itu sebenarnya agak rapat.
WekiMeki dan ASTRO masing-masing baru saja mengeluarkan album ‘Hide and Seek’ dan single ‘No Yes’ pada 18 Jun dan 28 Jun yang lalu. Cha Eun Woo juga dijangka akan membintangi drama terbaru, ‘True Beauty’ bersama dengan Moon Ga Young dan lain-lain.
Sumber: moneytoday