Zico sertai khidmat negara mulai hari ini

Image may contain: 1 person, closeup and indoor

Zico akan menyertai latihan khidmat negara bermula hari ini.

Zico dijadualkan akan memasuki Kem Latihan Tentera Nonsan di Chungnam pada tengah hari nanti, 30 Julai 2020 dan perlu menyempurnakan latihan asas ketenteraan sebelum direkruit sebagai pekerja sosial kemudiannya. Zico menjadi ahli keempat Block B menjalani khidmat ketenteraan selepas U-Kwon, Taeil dan Jaehyo.

Menjelang hari-hari kemasukannya di dalam khidmat negara, Zico lebih banyak meluangkan masa bersama-sama dengan rakan selebriti seperti Song Mino WINNER dan Penomeco. Selain lagu Any Song yang dinobatkan antara lagu-lagu paling popular di Korea dan Malaysia pada pertengahan tahun 2020, Zico juga berkesempatan berduet dengan Kang Daniel untuk lagu ‘Refresh’, dan juga Bi Rain untuk lagu ‘Summer Hate’.

Sumber: sport seoul

loading...