Diarahkan PD “Train To Busan”, drama Netflix terbaru ini bakal dibintangi oleh Yoo Ah In, Park Jung Min, Won Jin Ah & Kim Hyun Joo

Image may contain: 4 people
Dari kiri: Yoo Ah In, Park Jung Min, Won Ji Ah, Kim Hyun Joo

Yoo Ah In, Park Jung Min, Won Jin Ah, dan Kim Hyun Joo bersetuju untuk membintangi drama terbaru terbitan Netflix berjudul “Hell”, diadaptasikan daripada webtoon daripada judul sama oleh Choi Kyung Seok yang pernah mengarang komik ‘Awl’ sebelum ini.

Neftlix Hell yang bakal dihasilkan oleh produser Lezhin Studio, berkisarkan tentang keadaan tertentu di mana manusia berhadapan dengan fenomena kuasa ghaib, yang boleh ditakrifkan sebagai keajaiban dan sumpahan di mana neraka “ciptaan manusia” ini diperbuat seolah-olah untuk menangani neraka sebenar di alam baqa’. Gambaran ini mengambil kira situasi di mana malaikat maut datang dari neraka untuk mencabut nyawa manusia.

Yoo Ah In akan memegang watak Jung Jin Soo, ketua kumpulan kultus agama “Saejinrihoe”, yang cuba mempengaruhi pengikutnya dengan kewujudan malaikat maut daripada nereka sebagai petanda kekuasaan tuhan manakala Park Jung Min pula akan membawa watak Bae Young Jae, juruhebah tv yang cuba menyelongkar kebenaran di sebalik kejadian pelik tersebut. Yoo Ah In dan Park Jung Min amat dikenali di dalam bidang perfileman kerana melakonkan watak-watak hebat sehingga melayakkan mereka meraih anugerah Best Actor dan Best New Actor di dalam Blue Dragon Awards, selain pencalonan di dalam Grandbell Awards dan Baeksang Awards. Kekembalinya Yoo Ah In sebagai pelakon drama sudah semestinya ditunggu-tunggu peminat kerana lakonan terakhirnya adalah menerusi tvN Chicago Typewriter pada tahun 2017.

Selain Yoo Ah In dan Park Jung Min, drama ini turut dibintangi oleh Kim Hyun Joo sebagai peguam bernama Min Hye In, yang cuba menentang gerakan kultus keagamaan “Saejinrihoe” daripada terus mempengaruhi pengikut mereka, serta Won Jin Ah sebagai isteri kepada Bae Young Jae, Song So Hyun. Kim Hyun Joo juga dilaporkan menerima tawaran lakonan drama jtbc Undercover di samping Ji Jin Hee.

Pelakon lain seperti Yang Ik Joon dan Kim Do Yoon juga masing-masing akan membawa watak detektif Jin Kyung Hoon yang cuba menyiasat kemunculan malaikat maut dari neraka, dan pengikut setia “Saejinrihoe”. Akhir sekali, Ryu Kyung Soo pula sebagai paderi yang menyedari kebangkitan “Saejinrihoe” dan cuba bertindak balas dengannya.

Pengarah filem “Train To Busan” dan “Peninsula” dan juga drama tvN Cursed, Yeon Sang Ho akan mengambil peranan mengarahkan drama ini. Beliau juga bertindak sebagai penulis skrip.

Sumber: sport chosun

loading...