Mantap, Netflix All of Us Are Dead bakal dibarisi 10 pelakon muda yang kacak, cantik & lagi berbakat ini!

Image may contain: 13 people, child, selfie and closeup

Pihak produksi drama terbaru terbitan Netflix, All of Us Are Dead sedang memuktamadkan pemilihan pelakon untuk siri tersebut yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul yang sama karangan Joo Dong Geun sekitar tahun 2009-2011. Ia bakal menjadi drama zombie kedua selepas kejayaan Netflix Kingdom yang kini dihasilkan dalam tiga musim berbeza.

‘All of Us Are Dead’ berkisarkan tentang sekelompok budak sekolah yang terperangkap di dalam sekolah menengah Hyosan akibat serangan wabak virus ‘zombie’ menyebabkan masing-masing terpaksa berganding bahu daripada terus menjadi mangsa, akhirnya bertukar menjadi ‘zombie’. ‘All of Us Are Dead’ bakal mendapat sentuhan sutradara Lee Jae Kyu (“MBC Beethoven Virus”, “MBC King2Hearts”) dan juga Kim Nam So, di samping lakon layar daripada Chun Sung Il (“tvN Luca”,”KBS The Slave Hunters”,”KBS 7th Grade Civil Servant”).

Dari Kiri: Kim Byung Chul, Kim Ji Soo, Lee Kyu Hyung dan Yoon Chan Young.

Kim Byung Chul, Kim Ji Soo, Lee Kyu Hyung dan Woo Ji Yoon dikatakan telah menerima tawaran lakonan drama tersebut. Hanya Lee Kyu Hyung dan Kim Ji Soo saja masih belum menyatakan persetujuan untuk membintanginya secara rasmi. Lee Kyu Hyung yang pernah tercalon Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards atas lakonannya di dalam tvN Prison Playbook ini dikatakan akan memegang watak detektif bernama Song Jae Ik yang akan membantu pelajar-pelajar sekolah menangani penularan wabak berpenyakit daripada ‘zombie’ tersebut.

Selain daripada empat pelakon yang dinyatakan, berikut adalah dua belas lagi pelakon muda yang kacak, cantik dan berbakat untuk perhatian penonton sekalian.

1. Yoon Chan Young

Pelakon kacak yang mencuri perhatian penonton di dalam SBS Doctor John, KBS Nobody Know dan MBC Mama ini, telah pun ditawarkan memegang watak budak lelaki bernama Cheongsan yang cuba sedaya upaya melindungi wanita yang dicintainya daripada menjadi mangsa zombie.

2. Park Ji Hoo

Park Ji Hoo yang baru-baru ini mendapat pujian di atas lakonan ‘debut’ yang sangat hebat menerusi filem ‘House of Hummingbird’, sudah pun bersetuju membintangi drama ini memegang watak Onjo, gadis paling popular di sekolah tersebut kerana gaya rambutnya serta memiliki perwatakan yang ceria.

Atas lakonannya di dalam layar perak, Park Ji Hoo telah menerima pencalonan Best New Actress di dalam Grandbell Award, Blue Dragon Awards, dan Baeksang Art Awards.

3. Ahn Ji Ho

Ahn Ji Ho belum lagi menyuarakan kepastiannya untuk membintangi drama ini tetapi sekiranya beliau menerimanya, ia akan menyaksikan penyatuan pelakon itu semula dengan Yoon Chan Young yang pernah bersama-sama membintangi drama SBS Nobody Knows sebelum ini.

Ahn Ji Ho merupakan pelakon layar perak sepenuh masa dan lakonannya di dalam filem A Boy and Sungreen telah melayakkannya menerima pencalonan Best New Actor di dalam Grandbell Award dan Baeksang Art Awards.

4. Yoo In Soo

 

Yoo In Soo yang dikenali menerusi drama jtbc Strong Woman Do Bong Soon dan jtbc Gangnam Beauty ini akan membawakan watak pelajar sekolah samseng bernama Gwinam, yang ditakuti pelajar lain melebihi serangan zombie.

5. Jo Il Hyun

Tidak banyak diketahui tentang Jo Il Yun, namun lakonan sebagai doktor intern di dalam tvN Hospital Playlist sebelum ini agak meninggalkan kesan buat penonton.

6. Park Solomon

Park Solomon yang pernah berlakon di dalam MBC Shopping King Louis ini akan membawa watak pelajar suka belajar lewat malam kerana mengimpikan untuk menjadi askar.

7. Lee Chae Un

Lee Chae Un, pelakon kanak-kanak berbakat daripada layar perak, akan ‘debut’ di dalam drama buat pertama kali membawakan watak salah seorang pelajar sekolah.

8. Shin Jae Hwi

Juga pernah berlakon di dalam SBS Nobody Knows, Shin Jae Hwi akan menguji lakonannya di dalam drama ini dengan memegang watak Chang-Hoon.

9. Kim Jin Young

Kim Jin Young akan membawakan watak Jimin,pelajar sekolah tingkatan 5.

10. Ham Sung Min

Ham Sung Min bakal menjayakan watak pelajar sekolah Gyeongsu yang merupakan sahabat karib kepada Cheongsan (Yoon Chan Young).

11. Kim Joo Ah

Kim Joo Ah melakonkan watak Isaac, seorang pelajar sekolah dengan personaliti menarik dan merupakan rakan karib kepada Onjo (Park Ji Hoo).

12. Oh Hee Jun

Sumber: nocutnews, donga, wowtv, Netflix

loading...