Onew SHINEE selesai berkhidmat dengan ketenteraan hari ini

Image may contain: 1 person, closeup

Onew atau nama sebenarnya, Lee Jin Ki (30 tahun) daripada SHINEE telah pun selesai menjalani khidmat ketenteraan pada hari ini dengan tarikh pembebasannya secara rasmi dijadualkan pada 20 Julai nanti.

Jurucakap SM Entertainment dilaporkan berkata, “Onew meninggalkan kem tentera untuk kali terakhir hari ini. Dia tidak akan pulang lagi dan boleh dianggap dibebaskan lebih awal. Secara rasmi pembebasannya dijadualkan pada 20 Julai nanti dan tiada apa-apa majlis keraian dibuat selepas itu.”

Protokol ketenteraan terkini dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dengan tentera dibenarkan meninggalkan kem dan dibebaskan awal tanpa perlu menghabiskan cuti mereka.

Onew menjadi ahli pertama daripada kumpulan SHINEE yang selesai menjalani khidmat ketenteraan. Kini, dua orang ahlinya Minho dan Key masih lagi berkhidmat, manakala Taemin pula sibuk dengan projek solo serta komitmen bersama dengan Super M. Seorang lagi bekas ahlinya, Jonghyun meninggal dunia kerana membunuh diri pada tahun 2017 lalu.

Sumber: mydaily

loading...