[GEMPAR-Update] Ahli kumpulan SHINEE, Jonghyun ditemui mati

Update

Berita kematian Jonghyun telah disahkan oleh wakil agensi SM Entertainment dan pengumuman rasmi telah dibuat. Menurut wakil SM Entertainment, upacara pengkebumian akan dilakukan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat sahaja.

Wakil dari agensi berkenaan juga turut mezahirkan rasa dukacita dan rasa terkejut di atas pemergian Jonghyun dalam keadaan yang sangat pantas. Wakil berkenaan turut menyatakan bahawa mendiang seorang artis yang sangat berbakat, cintakan seni muzik dan akan sentiasa memberikan yang terbaik.

Terdahulu

SEOUL, 18 Dis (Yonhap) – Kim Jong-hyun, penyanyi kumpulan K-pop popular SHINee , ditemui meninggal dunia hari ini dan diklasifikasikan sebagai bunuh diri, kata polis.

Menurut polis, Kim, yang lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jonghyun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah studio pangsapuri yang disewa di Cheongdam-dong, Seoul Selatan, sekitar 6:10 petang pada umur 27 tahun. Kakak Jonghyun telah membuat panggilan kecemasan pada  jam 4:42 petang bagi melaporkan bahawa dia percaya adiknya cuba untuk  membunuh diri.

Penyanyi itu  dipindahkan ke hospital berdekatan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia. Polis juga menyatakan bahawa mereka telah menemui kuali dengan cecair coklat di kediaman Jonghyun. Cecair coklat yang ditemui itu dikenal pasti sebagai briket arang batu (coal briquette). Jonghyun meninggal dunia akibat terhidu racun karbon monoksida daripada arang batu yang dipanaskan di dalam kuali.

tambahan info :

  • Sebelum ditemui mati, Jonghyung sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya yang berbunyi

 ‘Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi  masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal terakhir saya. ‘

Jonghyun bersama kakaknya
  • Ini adalah bait-bait lagu yang beliau muatnaik di laman instagram peribadi beliau dan merupakan muatnaik terakhir bertarikh 20.11.2017 darinya dengan kapsyen, berdoalah agar kau tidak disakiti. Kami sertakan muzik video lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Dear Cloud berjudul Beside You.

  • Jonghyun adalah artis pertama dari S.M.Entertainment yang telah mengambil bahagian yang paling banyak dalam bidang penulisan, organizing, dan composing untuk album. Ia dianggap sebagai fakta penting dari syarikat, yang diketahui dalam industri muzik K-Pop untuk menghadkan kebebasan kreatif dan penglibatan artisnya untuk menghasilkan album mereka sendiri. [41] Kim Da-hee dari Korea Times menamakan Jonghyun sebagai salah seorang daripada empat pemuzik K-pop, yang telah membezakan diri mereka daripada penyanyi-penyanyi lain yang dilahirkan ke dalam industri muzik KPOP. Tiga nama yang lain ialah G-Dragon, Zico dan Jinyoung.
  • Penulis artikel ini juga memuji empat artis tersebut di atas “bakat yang luar biasa mereka dalam penulisan serta penghasilan lagu, dan menari, serta kebolehan lain yang menjadikan mereka pemuzik sukses”. [42] Kim Jonghyun juga dianggap sebagai wakil idol penyanyi dan penulis lagu, yang telah mengekspresikan warnawarni dalam muziknya sendiri dan dia mendapat pujian di atas usahanya menulis secara konsisten dan menyusun majoriti lagu solonya. [43] Insight Korea menyebutnya sebagai salah satu dari tujuh ahli kumpulan idola yang dianggap mempunyai tahap muzik yang sangat tinggi dan mungkin juga mereka sememangnya lahir sebagai pemuzik.

 

sumber : Yonhap  Wiki Naver

loading...